Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Januari 01, 2011

Bekas Presiden Israel bersalah merogol

Mahkamah dapati Moshe Katsav terbabit jenayah perkosa, gangguan seksual


BAITULMAQDIS: Bekas Presiden Israel, Moshe Katsav, didapati bersalah semalam atas tuduhan merogol seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Kabinet dan boleh dihukum penjara sehingga 16 tahun.
Dalam kes yang menggemparkan negara itu, Katsav, 65, dituduh memperkosa seorang kakitangan kerajaan ketika beliau memegang jawatan Menteri Pelancongan pada 1998.
Mahkamah Daerah Tel Aviv juga mendapatinya bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan dan melakukan gangguan seksual membabitkan dua lagi wanita yang pernah berkhidmat di pejabatnya ketika beliau Presiden Israel.

Panel tiga hakim yang memutuskan kes juga menyifatkan keterangan Katsav penuh dengan pembohongan, lapor akhbar Haaretz.

Kes Katsav terbongkar pada 2006 apabila beliau yang masih Presiden mengadu bahawa seorang kakitangan kerajaan memeras ugutnya.

Wanita itu kemudian membuat aduan kepada polis, menceritakan serangan seksual ke atasnya dan menyebabkan beberapa lagi wanita turut mengadu kepada pihak berkuasa atas sebab yang sama.
Menurut pendakwaan, Katsav merogol mangsa A selepas memaksa mangsa pergi ke pejabatnya di Kementerian Pelancongan pada 1998.

Beliau juga memaksa mangsa ke sebuah hotel di Baitulmaqdis dan memperkosanya buat kali kedua di bilik tempat penginapan itu.

Kertas pendakwaan juga menuduh Katsav cuba menenangkan mangsa dengan berkata: “Bertenang, kamu akan sukakannya.”

Pendakwa juga menuduhnya mengganggu dua wanita lain ketika masih Presiden termasuk memeluk mereka tanpa izin dan membuat ulasan berbaur seks.

Pada ulang tahun ke-60 Katsav pada 2005, seorang pembantunya yang menawarkan ucapan selamat hari jadi kepadanya.

Katsav dituduh memeluknya, mencium leher mangsa yang mengadu kepada polis.
Tertuduh juga cuba memujuk mangsa mengubah keterangannya menyebabkan defendan didakwa cuba menyekat keadilan.

Katsav berkhidmat sebagai menteri dalam beberapa pentadbiran Likud sebelum dipilih sebagai Presiden pada 2000.

Beliau mendakwa menjadi mangsa perangkap politik atas alasan berasal daripada kaum Yahudi Sephardic yang dianggap berstatus rendah di negara Yahudi itu.
Katsav dilahirkan di Iran dan berhijrah ke Israel ketika masih kanak-kanak. – Agensi

BH

KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive