Pendaftar Pertubuhan (RoS) memutuskan tidak akan membatalkan pendaftaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas berpuas hati dengan penjelasan yang dikemukakan oleh PKR pertengahan bulan lalu berhubung dengan aduan seorang ahli dipecat dua tahun lalu, lapor TMI.
Sehubungan dengan keputusan RoS itu, PKR juga memutuskan untuk tidak meneruskan tindakan mahkamah terhadap agensi tersebut, yang difailkan kelmarin.
“PKR menyambut baik keputusan Pendaftar Pertubuhan yang berpuas hati penjelasan yang dikemukakan dalam surat tunjuk sebab berkaitan dengan ancaman pembatalan pendaftaran PKR yang diterima oleh parti minggu lalu.
“PKR turut dimaklumkan bahawa pihak RoS juga tidak akan meneruskan tindakan membatalkan pendaftaran PKR,” kata Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail dalam satu kenyataan petang ini.
Justeru kata Saifuddin, “Pihak parti dengan ini memutuskan untuk membatalkan hasrat menyaman RoS memandangkan perkara ini telah dapat diselesaikan dengan baik.”... berita penuh di sini.
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?