Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Sabtu, Jun 04, 2011

SPRM panggil pemain, jurulatih T-Team


KUALA TERENGGANU: Kegembiraan bekas pengurus pasukan Piala Presiden T-Team, Mohd Sabri Abas, yang menyambut kelahiran anak kembar perempuan pada 31 Mei lalu, terbantut apabila dia dipanggil memberi keterangan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri kelmarin.

Mohd Sabri berkata, ketika sibuk menguruskan pendaftaran kelahiran anak kedua dan ketiganya itu tengah hari kelmarin, dia dihubungi pegawai SPRM dan diminta hadir ke pejabat agensi itu segera sehingga terpaksa menangguhkan urusan berkenaan.
“Ketika dihubungi, saya minta tangguh untuk memberi keterangan Ahad ini, tapi tidak boleh kerana mereka (SPRM) beritahu perlu segera berhubung pendedahan berlakunya gejala rasuah dalam pasukan bola sepak Piala Presiden T-Team.

“Jadi saya pun hadir ke pejabat SPRM memberi keterangan dan kerjasama penuh kepada mereka supaya dapat menjalankan siasatan dengan sempurna,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, menurut sumber SPRM, selain Mohd Sabri, pihaknya turut memanggil seorang jurulatih dan tujuh pemain Piala Presiden T-Team untuk memberi keterangan kelmarin dan semalam.

HM

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive