Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 11, 2010

Biaq anak ‘mati katak'

SELAYANG: Bayaran tambang lebih murah berbanding bas sekolah, menyebabkan segelintir ibu bapa sanggup memperjudikan nyawa anak mereka apabila menggunakan khidmat van atau kereta tidak berlesen untuk menghantar dan menjemput anak di sekolah.




BERANI...pemandu kenderaan persendirian mengambil risiko angkut murid sekolah.

Oleh Suney Leo Ertza Neo Sulaiman

Pemandu kenderaan persendirian berkenaan pula hanya memikirkan keuntungan semata-mata apabila menawarkan khidmat mereka kepada murid beberapa sekolah sekitar kawasan ini tanpa memikirkan risiko ‘mati katak’ yang bakal ditanggung jika berlaku kejadian tidak diingini.


Difahamkan, pemandu kenderaan persendirian itu menawarkan ‘yuran’ sekitar RM40 hingga RM45 sebulan dan harga ini jauh lebih murah berbanding kadar tambang bas sekolah iaitu RM60 untuk tempoh sama.


Pemandu van sekolah, Helmi Basri, 43, berkata agak sukar mengenali individu yang melakukan aktiviti terbabit kerana kadangkala mereka mengambil hanya dua atau tiga penumpang dan mereka mendakwa pelajar terbabit sebagai anak atau saudara-mara mereka.


“Pendapatan yang diperoleh pengusaha van sekolah berlesen seperti saya terjejas sedikit kerana individu ini menetapkan harga yang murah berbanding yuran bas atau van sekolah yang menawarkan harga sekitar RM60,” katanya.


Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Sal berkata, kadangkala pemandu berkenaan mengisi murid sekolah itu ke dalam van sehingga melebihi had dibenarkan menyebabkan keadaan kelihatan begitu sesak.



“Siapa yang tidak mahu apabila yuran yang dikenakan lebih murah, selain itu perkhidmatan bas sekolah semakin kurang di sini,” katanya.


Wartawan Metroplus menyamar sebagai pelanggan dan akhirnya berjaya ‘merisik’ maklumat daripada seorang pemandu van sekolah terbabit mengenai aktiviti mereka. Dia mendedahkan kebanyakan ibu bapa gemar menggunakan khidmatnya berikutan kadar bayaran bagi perkhidmatan yang ditawarkan lebih murah dan cepat.


Selain itu, dia mendakwa hidup berjiran menjadi antara faktor mengapa ibu bapa lebih gemar menggunakan khidmat mereka dan pemandu itu juga berkata, jika ditahan pihak berkuasa, dia akan memberitahu kanak-kanak yang dibawa itu anak atau anak saudara.


Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata menjadi kesalahan jika kereta persendirian mengambil dan mengenakan bayaran kepada penumpang kerana mereka tiada permit untuk berbuat sedemikian.


“Pihak berkuasa seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik boleh mengambil tindakan dengan mengeluarkan saman kepada pemandu kereta haram terbabit.


“Jika berlaku kemalangan sudah pasti penumpang tidak boleh membuat tuntutan insurans serta kos rawatan dan ibu bapa harus sedar mengenai perkara ini,” katanya ketika dihubungi.


Yusof berkata, ketiadaan atau kekurangan pengangkutan awam di kawasan terbabit mungkin menjadi punca kepada aktiviti itu dan jika sistem pengangkutan awam lebih baik disediakan, pasti ramai ibu bapa akan menggunakannya kerana ia lebih selamat dan selesa.


Justeru, beliau menasihati ibu bapa lebih bertanggungjawab bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini pada masa depan.



hmetro




1 ulasan:

  1. betol gak..kalo xcident sape nk tanggung...yg susah mak ayah gak....nk claim insurans pon xleh...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive