Oleh: ruhan
Rakyat sedang memandang pemimpin tertinggi UMNO dengan sinis. Ini kerana insiden yang dapat diperhatikan pada masa ini menunjukkan prestasi mereka sedang menjunam.
Pertama, mereka gagal mempamerkan diri sebagai juara rakyat kerana pada hakikatnya mereka ialah petualang rakyat. Kedua, mereka telah menyerang DAP dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang tanpa belas kasihan sedikit pun tetapi dakwaan-dakwaan yang dilemparkan itu terkena batang hidung mereka sendiri.
Ketiga, mereka berdemonstrasi untuk menjatuhkan air muka MB Kedah tetapi ternyata ludah ke langit kena batang hidung sendiri. Keempat, mereka sudah hilang punca untuk menyerang Kelantan kerana kes tidak mahu memberi royalti petroleum telah menjadi jerangkap samar yang mereka sendiri pasang.
Dalam keadaan terperangkap itulah rakyat melihat PM mereka tidak popular. Tidak ramai yang menonton celotehnya di TV3, termasuk ahli UMNO sendiri. Kalau member sendiri dah tak sokong, apatah lagi orang lain. Kemudian mereka terpaksa akur dengan tuntutan rakyat supaya tidak membawa GST untuk bacaan kali kedua di Parlimen. Tamparan rakyat ini cukup hebat dan menconteng arang ke muka mereka.
Apabila keputusan SPM dikeluarkan, daripada 10 orang pelajar terbaik, hanya 2 orang yang datang daripada Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Projek Muhyiddin tersasar entah ke mana. Dia mungkin telah dipermain-mainkan oleh pegawai-pegawai di Kementerian Pelajaran. Pilih SBT pun tak betul. Bila gagal dia ambil keputusan untuk berdiam diri. Dalam dia berdiam diri, murid Sekolah Menengah Kerajaan Negeri Kelantan dapat 15A. Malu sekali lagi.
Apa lagi yang dapat diharapkan daripada para pemimpin UMNO? Prestasi mereka hancur. Kalau prestasi PM dan TPM sudah begitu, apa jadi dengan prestasi menteri-menterinya, lunyailah jawabnya.
Rakyat Malaysia sedang mentertawakan mereka apabila melihat mereka terkial-kial dengan segala macam peralatan untuk menarik semula sokongan rakyat. Mereka sudah terlambat dan tersasar jauh kerana tidak tahu bagaimana hendak berubah. Teknik dan taktik politik lama masih segar dalam fikiran mereka untuk menghadapi rakyat yang sudah celik IT dan hidup dalam era globalisasi. Tidak tahulah mengapa mereka pilih jadi Pak Pandir Moden dan Lebai Malang. Harap-harap tidak sampailah jadi Pak Kaduk!!!
http://bilahrotan.blogspot.com
"