Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Mac 18, 2010

Zahrain Reka Cerita 16 September



Oleh Muhammad Faizal Zakaria

KUALA LUMPUR 17 Mac - Datuk Seri Zahrain Hashim didakwa telah bercakap bohong di Parlimen semasa berucap buat pertama kali sebagai Ahli Parlimen Bebas Bayan Baru berhubung isu 16 September 2008.
Zahrain dalam ucapan perbahasan titah Yang DiPertuan Agong berkata kononya beliau kesal dengan tindakan yang diambil oleh Pakatan Rakyat pada 16 September dua tahun lalu untuk menubuhkan kerajaan persekutuan melalui tindakan lompat parti oleh anggota Parlimen Barisan Nasional.
Beliau juga mendakwa Pakatan Rakyat menghantar wakilnya ke Taiwan untuk bagi merayu Ahli Parlimen Barisan Nasional supaya menyokong usaha merampas Putrajaya.
Zahrain berkata Pakatan Rakyat ketika itu yakin ahli-ahli BN yang mahu melompat parti sudah mencukupi untuk membentuk kerajaan pusat selain memberitahu bahawa Yang DiPertuan Agong sudah menunggu di Istana Negara bagi memberi perkenan bagi membentuk kerajaan selain merestui Anwar sebagai Perdana Menteri Keenam.
Ketua Pembangkang dalam respons beliau terhadap "cerita" Zahrain sebelum meninggalkan Dewan berkata apa yang dicakapkan oleh Zahrain adalah pembohongan semata-mata.
"Dia keluar parti kerana tidak puas hati beliau terhadap kes pemecatan beliau sebagai Pengerusi Island Golf Properties Bhd (IGP).
"Saya tegaskan di sini apa yang dia cakap semuanya tidak betul, kita tidak pernah mengeluar kenyataan seperti apa yang dia katakan itu. Tidak ada Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang berhimpun di Parlimen pada 16 September tersebut.
"Ini adalah draf ucapan yang dibuat oleh Umno, Umno tak berani dan mereka mengambil kesempatan menggunakan orang lain dalam kepentingan mereka," tegas Anwar.
Kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim itu disokong Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang menyifatkan teks ucapan Zahrain disediakan oleh Umno-BN.
"Bagi saya kenyataan yang diperkatakan oleh Zahrain adalah mengikut teks yang diberikan Barisan Nasional kepadanya, ini dapat dibuktikan jika disebabkan 16 September beliau hilang keyakinan kepada PKR kenapa baru sekarang beliau mengambil tindakan keluar parti."Saya tidak nampak apa yang diperkatakan itu betul dan boleh terima, kita beranggapan beliau menurut perintah pihak sebelah sana (BN).
"Kita tahu sebab apa beliau tidak puashati sebelum ini. Kenyataan yang diperkatakan hari ini tidak pernah diluahkan oleh beliau selain kenyataan media selepas beliau keluar parti," komen beliau.
Tindakan Zahrain tersebut telah membangkitkan kemarahan beberapa Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang menuduh Zahrain berbohong sedangkan masalah sebenar semasa beliau bersama KEADILAN cuba ditutup.

suara-keadilan




1 ulasan:

  1. Lama nie pun dia dok relax saja kat Parlimen,dapat cakap tv ambik gambak pula tu,apa lagi cerita yang 2taun lepas dia bawak keluak.ingatkan gempak apa yang kumpulan sikatak nak war2kan,sari sebelum tu kata nak keluak gempak punya,hat tu dia kata gempak he tak gempak la macam tu,hang pie cerita kat Pak brahim no ha dia kata cerita tu gempak,lawak cerita tu Pak Zarin oi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive