Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, April 14, 2010

Masyarakat Asli Tuntut Shafie Apdal Mohon Maaf



TEMERLOH: Masyarakat orang Asli gugusan Jenderak dan beberapa penempatan di negeri ini mendesak kerajaan menyelesaikan isu tanah penempatan mereka yang kian bermasalah akibat daripada status yang tidak diwartakan. Perkara ini dibangkitkan mereka dalam Sidang Akhbar Khas bersama pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Pahang Barat yang diadakan di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Pahang, di sini, sebentar tadi.
Serentak, dalam pertemuan itu mereka turut mengesa Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal membuat permohonan memohoh maaf secara terbuka kepada masyarakat orang Asli kerana pernah mengeluarkan kenyataan bersifat perhinaan.
Hadir sama dalam sidang akhbar tersebut Setiausaha Badan Perhubungan PAS Pahang, saudara Roslan Zainal al Ahmadi, Ketua Cabang PKR Temerloh, Ahmad Nizam Abdul Hamid, Setiausaha Penerangan PAS Pahang, Hashim Abdullah dan Ketua Cabang PKR Raub, Mohd Ali Wahid



Datuk Shafie Apdal pernah membuat kenyataan yang disifatkan orang Asli sebagai menghina mereka apabila menyifatkan kehadiran kira-kira 2,000 masyarakat mereka di Putrajaya Mac lalu bertujuan untuk berjalan-jalan atau makan angin sedangkan sebenarnya kehadiran mereka untuk memperjuangkan hak.
Wakil masyarakat orang Asli, Yusri Bin Ahon berkata tindakan Shafie Afdal yang menyifatkan kehadiran orang Asli pada perhimpunan di Putrajaya Mac lalu bagi menyerahkan memorandum perjuangan hak mereka sebagai kehadiran untuk pergi makan-makan adalah merupakan penghinaan yang dikesalkan.
”Saya nak katakan kekesalan masyarakat orang Asli terhadap kenyataan Datuk Shafie Apdal bahawa masa berhimpun di Putrajaya dulu sebagai pergi makan-makan. Ini amat kita rasa kesalkan, kalau boleh kita minta beliau minta maaf,” katanya.
Tambah Yusri tuduhan kononnya kehadiran masyarakat orang Asli ke Putrajaya akibat dihasut oleh pihak tertentu adalah tidak benar kerana masyarakat orang Asli sendiri sudah ramai yang berpendidikan tinggi serta mempunyai kesedaran terhadap perjuangan menuntut hak mereka.
”Kalau kita katakan semasa kita berhimpun di Putrajaya sebagai dihasut atau dipengaruhi pihak tertentu, sebenarnya orang Asli ini sudah banyak yang cerdik pandai. Sebagai contoh ada orang Asli yang sudah jadi profesior, doktor dan sebagainya. Jadi persoalan ini tidak perlu timbul lagi,” katanya.

pahangkini





1 ulasan:

  1. HAHAHAHAHAHA....DEMO TAK TAHU KE SI SHAFIE TU ORANG SULUK.TAK DA IC LA....HAHAHAHAAAAA..NASEB BAIK ANAK SEDARA TUN SAKARAN.KALAU DIA ANAK SEDARA PAK MAJID KEDAI RUNCIT???HARAM NAK BOLEH MASOK PEJABAT KAT PUTRAJAYA...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive