Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, April 06, 2010

Noh Anggap Umno-BN Mengatasi Peraturan SPR


KUALA LUMPUR 5 April - Setiausaha Agung KEADILAN Saifuddin Nasution Ismail membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang melabelkan badan pemantau pilihan raya, Mafrel sebagai alat pembangkang.
"Peraturan pilihan raya itu jelas, tidak boleh menggunakan jentera jabatan kerajaan dan janji-janji projek seperti mana yang disebut oleh Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar tetapi malangnya dilanggar secara terang-terangan oleh Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.
"Perdana Menteri menjanjikan projek perumahan puluhan juta, Timbalan Perdana Menteri menjanjikan sekolah dan itu sudah menjadi darah daging bagi pemimpin Barisan Nasional yang sering melanggar peraturan dan undang-undang perjalanan pilihan raya walaupun telah ditegur oleh SPR kerana mereka menganggap teguran itu tidak terkena ke atas mereka," bidas Saifuddin.
Beliau menolak kritikan Noh terhadap Mafrel yang merupakan satu-satunya badan bebas yang diiktiraf dan pernah diberikan sijil perakuan oleh SPR bagi memantau dan mengawasi perjalanan pilihan raya di Malaysia.
Organisasi itu juga mempunyai banyak pengalaman bertugas di banyak pilihan raya samada di dalam atau luar negara,
"Demikian luasnya pengalaman mereka itu maka mereka telah mengeluarkan kenyataan yang sesuai dengan proses perjalanan pilihan raya yang adil, yang bebas dan telus dan untuk masa ini di Hulu Selangor mereka melihat ada elemen pelanggaran peraturan dan mereka suarakan.
"Adalah tidak bijaksana bagi seorang yang bergelar menteri menyerang sumber tersebut tetapi tidak melihat dari mesej yang hendak disampaikan daripada sumber itu," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
Sebelum itu, Noh mendakwa Mafrel berat sebelah dengan merujuk satu kenyataan pengerusinya, Syed Ibrahim Syed Noh yang menyelar tindakan kerajaan pusat meluluskan projek perumahan dan sekolah kepada penduduk di Hulu Selangor.
Syed Ibrahim dipetik dalam sebuah tabloid sebagai berkata, tindakan tersebut menyalahi peraturan pilihan raya.

suara-keadilan





2 ulasan:

  1. macam aladdin dapat lampu ajaib...gosok saja ,jin keluar dan akan kabulkan sebarang permintaan...cuma hati-hati lah dgn apa yg di minta..sebab kalau dapat mungkin menyesal pulak...

    BalasPadam
  2. Ini kena tengok gunakan Teropong Ajaib yang ado dalam cerita Laksamana Do Re Mi . Jangan ternampak muko Jason King sudah lah !

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive