Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, April 01, 2010

Takkan bukan Melayu pula yang bela Bahasa Melayu ?

Oleh SYAFIQ KAMARUL


Walaupun sebahagian besar penduduk negara ini ialah orang Melayu dan bahasa Melayu dijadikan bahasa kebangsaan, kedudukan bahasa tersebut masih dalam keadaan menyedihkan. Setelah lebih setengah abad negara mencapai kemerdekaan, bahasa Melayu masih belum bermartabat di bumi sendiri.

Pelbagai persidangan, seminar, dan forum diadakan untuk mengangkat bahasa Melayu meskipun Perlembagaan Malaysia telah lama wujud. Namun, tiada yang lebih aneh daripada penganjur sesuatu acara mengenai kedudukan bahasa Melayu di negara ini menjemput beberapa orang tokoh atau individu bukan Melayu untuk membincangkannya.



Salah satu acara yang mengisi sambutan Hari Pejuang Bahasa 152 itu ialah Wacana Peradaban Bahasa Melayu di Balai Tun Syed Nasir Ismail, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Kuala Lumpur yang menampilkan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dari Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan Dr S Nathesan Sellapan (OUM), Dr Abdullah Hassan, Dr Zainal Kling dan Haji Hamzah Hamdani selaku pemudah cara.

Jika pemimpin dan orang Melayu sendiri gagal memartabatkan bahasa Melayu, masakan mengharap pemimpin dan orang bukan Melayu. Perkara ini diakui Dr Ridhuan menerusi ceramahnya dalam wacana itu.

Memang janggal jika orang Melayu sebagai rakyat terbanyak negara ini yang bahasa pertuturan mereka ialah bahasa Melayu tidak mampu memartabatkan bahasa sendiri. Amat menyedihkan juga, pemimpin utama dan menteri kanan ialah orang Melayu.

Pilu dan pelik selepas negara mencapai kemerdekaan lebih 50 tahun, usaha memperkasa dan memartabatkan bahasa Melayu masih menjadi gesaan. Gesaan lebih sesuai dibuat sebaik sahaja ia menjadi bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. Bukan setelah sekian lama.

Jadi, secara keseluruhannya Hari Pejuang Bahasa 152 itu sia-sia sahaja. Sewajarnya ia diisi dengan saranan, usul, dan perancangan untuk terus mempertahankan kedaulatan bahasa Melayu sebagaimana usaha mengisi kemerdekaan negara. Ia tidak sesuai lagi menjadi medan meluahkan emosi dan tercari-cari martabat bahasa.

Kalau sedemikian rupa wacana tempoh hari, usah pelik jika ada yang mempersoalkan keperlua penganjuran Hari Pejuang Bahasa 152 itu. Penganjur mendakwa Hari Pejuang Bahasa 152 ialah manifestasi semangat perjuangan memartabat bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.

Saya berpendapat masalah peminggiran bahasa Melayu di negara ini mudah dan sukar untuk diatasi. Mudah jika Perdana Menteri memberi arahan semua rakyat mengguna bahasa Melayu sahaja dalam semua urusan rasmi. Tiada maknanya slogan '1Malaysia: Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan' jika bahasa kebangsaan dipinggirkan. Mahu seribu daya, tidak mahu seribu dalih.

Andainya Mohd Najib Abdul Razak berjiwa luhur terhadap bahasa Melayu, tiada masalah bagi beliau menegaskan arahan penggunaan bahasa kebangsaan ini. Beberapa orang menteri kanan Melayu juga perlu tegas.

Bagaimanapun, Najib bersama menteri-menteri kanannya buta dan pekak (seperti yang disebut Zainal Kling dan beberapa orang peserta wacana) hinggakan bahasa Melayu tetap terpinggir.

Rais Yatim yang cenderung pada bahasa serta sastera dan budaya Melayu pula khabarnya tidak mendapat sokongan menyeluruh kabinet Najib. Beliau yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan sendiri tidak hadir merasmikan program tersebut.

Zainal mengejutkan (kerana beliau dikenali sebagai pro Umno/BN) apabila lantang menyelar tindak-tanduk pemimpin yang berkuasa tidak menggunakan kuasa untuk membela bahasa Melayu mengikut undang-undang dan fasal Perlembagaan Malaysia. Beliau tegas mengecam hingga menggesa rakyat bertindak kerana kerajaan yang ada tidak boleh diharapkan lagi membela bahasa Melayu.

Bahasa Melayu tidak akan 'hidup segan mati tak mahu' meskipun tarafnya tinggi sebagai bahasa kebangsaan andai pemimpin yang diharap memang memperkasa, bukan memperkosa dan memartabat, bukan memusibatkan bahasa Melayu!

Teramat malang jika PM yang berbangsa Melayu mengabaikan bahasa Melayu. Memang malang jika beliau hanya memikirkan cara merampas kembali negeri yang ditadbir oleh pembangkang.

Saya fikir bahasa Melayu barangkali mengharapkan keajaiban kerana payah untuk melihat ia berperanan menentukan hidup mati ahli politik. Apa agaknya yang akan terjadi jika bahasa Melayu dapat menaik dan menjatuhkan ahli politik di negara kita? Barangkali semua ahli politik berlumba-lumba memartabatkan bahasa Melayu untuk meraih undi.

Kalau demikian caranya, memang tiada keikhlasan. Namun, apa salahnya jika cuma dengan itu sahaja bahasa Melayu boleh terangkat. Tidak mengapa terpaksa bergantung pada kepura-puraan asalkan ia perkasa dan bermartabat. Boleh begitu?

detikdaily





KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive