Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 12, 2010

Azizah beri Ezam amaran akan saman jika terus fitnah

Oleh G. Manimaran August 11, 2010

KUALA LUMPUR, 11 Ogos – Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Senator Ezam Mohd Nor jika terus memfitnah kononnya beliau pernah meminta bantuan bekas ketua Angkatan Muda Keadilan itu supaya “menghalang seorang lelaki daripada mendekati” suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR itu berkata, Ezam terus menabur fitnah berhubung perkara itu terhadap beliau selaku isteri kepada Anwar sejak menyertai Umno tahun lalu.

Ezam dilaporkan menyentuh isu berkenaan ketika ceramah jelajah Umno Selangor baru-baru ini.

Selain itu beberapa blog pernah melaporkan Ezam berkata demikian, bantuan yang didakwa diminta oleh Dr Wan Azizah (gambar) sekitar 2006, dua tahun selepas Anwar dibebaskan dari penjara.

Dr Wan Azizah berkata beliau sebenarnya enggan melayan sebarang kenyataan Ezam yang dibuat “hasil menerima upah pimpinan Umno.”

“Walau bagaimanapun kerana tuduhan tersebut berulang dan mengaitkan nama saya secara peribadi, saya mengingatkan beliau supaya hentikan kerja fitnah yang jelas fasiq.

“Sekiranya beliau mengulangi fitnah tersebut, saya akan mengambil tindakan undang-undang terhadap beliau dan merujuk beliau ke mahkamah dan Mahkamah Syariah,” kata Dr Wan Azizah dalam kenyataan dikeluarkan menerusi blog Anwar hari ini.

Dr Wan Azizah berkata di perkarangan Mahkamah Tinggi semalam, seorang pemberita Berita Harian menyatakan yang dia telah diarah bertanya soalan berhubung tuduhan Ezam yang mendakwa kononnya beliau pernah menelefon mengarahkannya supaya “menghalang (seorang) lelaki mendekati saudara Anwar.”

“Saya dengan tegas menafikan tohmahan jahat beliau,” kata beliau.

“Ezam sengaja mereka cerita setelah beliau bersama Umno dan tidak sebelumnya,” kata Dr Wan Azizah sambil menambah, beliau tidak pernah menelefon beliau mengaitkan Anwar seperti tohmahan tersebut.

“Saya kesal kerana nafsu politik beliau tidak ada batas, sehingga sanggup memfitnah saya selaku isteri dan ibu.

“Ternyata untuk kekal relevan sebagai alat pimpinan Umno, kerja beliau hanya mencerca kami,” katanya lagi.

TMI

3 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/8/10 9:09 PG

    saman jer la . napa nak tunggu-tunggu lagi...berani kerana benar..hehehe..kalau betul ezam fitnah..saman janagan tak saman..tapi kalu dah saman jangan pulak tunda tunda kes pulak yer. thunder case thunder case (ikut lagu thunder cat)kak wan kak kwan memang saya puji kak wan kerana sanggup bermadu dengan lelaki.sanggup share laki dia dengan lelaki, perempuan...heee syabas kak wan. opoh ye sebeleum saya lupa. saman janagn tak saman ezam tu..hahahahaha amacam ada BRAN..

    BalasPadam
  2. Anwar Ibrahim secara spontan mencium pipi lelaki tersebut. Siapa kah lelaki itu? Apa hubungan nya dengan Anwar Ibrahim ini?

    Apakah Wan Aziziah membiarkan sahaja perbuatan Anwar yang mencium pipi lelaki tersebut ataupun dalam diam Kak Wan marah dengan perbuatan suaminya yang tampa segan silu melakukan perbuatan sumbang di khalayak ramai?

    Jika lelaki tersebut mempunyai hubungan dengan Anwar Ibrahim maka apa hubungannya? Sejauh mana hubungan tersebut sehingga dirinya rela di Cium Anwar Ibrahim di khalayak ramai?SAMAN KAKWAN JANGAN TAKSAMAN LELAKI TERSEBUT...

    BalasPadam
  3. >>SAMAN KAKWAN JANGAN TAKSAMAN LELAKI TERSEBUT..
    ==> Semoga Ezam mengulangi tuduhan tersebut sekali lagi, dan boleh la Kak Wan menyaman Ezam di mahkamah civil & mahkamah syariah secepat mungkin. Rasanye kena angkat sumpah nie Ezam.... tak tau tanya Sipol.....

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive