Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 24, 2010

"Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"



TAIPING – Penggunaan nama Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang disebut dalam bacaan doa khutbah solat Jumaat di beberapa masjid sekitar Pulau Pinang bukan perkara baru.

Perkara itu disahkan khatib, Zakaria Ahmad yang mengakui bukan pertama kali beliau membaca doa tersebut tetapi ianya dilakukan sejak dua tahun yang lalu.

Menurutnya, doa yang disebut hanya menjuruskan supaya Allah memberikan hidayah kepada Guan Eng agar memeluk Islam.

“Tiada sebarang motif dalam khutbah berkenaan. Ramai yang salah faham terhadap isu ini dan mempolitikkannya sehingga menjadi berita hangat,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu berkenaan tidak patut dipolitikkan dan menyifatkan kontroversi yang timbul sebagai mainan politik semata-mata.

"Saya terbuka dan bersedia menjawab serta menjelaskan perkara sebenar di sebalik isu hangat itu. Bagi meredakan keadaan ini, penjelasan di atas diharap dapat menerangkan perkara sebenar mengenai apa yang berlaku,” katanya.

SH

1 ulasan:

  1. Barangkali ramai yang tidak tahu bahawa ada seorang pendakwah bebas bernama Lim Jooi Soon pernah berjuang selama 5 tahun berdebat dengan Mufti bagi mempertahankan namanya terus dikekalkan sesudah menganut agama Islam. Tempoh tersebut sebenarnya tersembunyi hikmah yang cukup besar bagi beliau untuk menggali sebanyak-banyak penetahuan/ilmu yang membolehkannya menjalankan usaha-usaha dakwah terutama kepada mereka yang masih ragu-ragu untuk menganuti Islam. Kita do'akan semoga Lim Guan Eng atau sesiapa sahaja yang inginkan maklumat tetang Islam dapat berhubung dengan Lim Jooi Soon yang boleh didapati daripada enjin carian/search engine di internet.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive