Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 20, 2010

Mufti Perlis: Tulisan Nakhaie Ahmad palsu, hasutan ganas

Oleh G. Manimaran August 19, 2010

KUALA LUMPUR, 19 Ogos — Mufti Perlis Dr Juanda Jaya menyifatkan tulisan Datuk Mohd Nakhaie Ahmad dalam majalah Milenia Muslim edisi Ogos sebagai “tuduhan palsu dan hasutan ganas” untuk menentang Perlis dan cemuhan terhadap amalan Islam di negeri itu.

Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, beliau berkata perkara itu timbul setelah sebelumnya Seminar Pemikiran Islam diadakan di universiti awam yang turut mempertikaikan amalan Islam di Perlis, yang telah dirasmikan oleh seorang menteri di Jabatan Perdana Menteri.

“Seminar yang didakwa sebagai akademik ini ternyata mengulangi tuduhan-tuduhan palsu yang sudah lapuk.

“Apakah artikel jahat ini adalah kesinambungan daripada seminar yang sebahagian kertas kerjanya memuji Gerakan Ahbash yang telah jelas fatwa kesesatannya oleh al-Azhar dan sebahagian besar ulama dunia Islam,” kata beliau.

Kata Juanda, majalah Milenia Muslim dikatakan ada hubungan langsung dengan sebuah agensi dakwah peringkat kebangsaan yang dinaungi oleh kerajaan persekutuan.

“Majalah ini seolah-olah menjadi media dakwah rasmi agensi kerajaan persekutuan berkenaan dan diedarkan secara percuma ke masjid-masjid, surau-surau, agensi-agensi agama dan sebagainya di seluruh Negara.

“Tanpa sumber kewangan yang kukuh daripada wang milik kerajaan persekutuan untuk aktiviti dakwah penyebaran Islam, tidak mungkin majalah ini boleh berdiri sendiri.

“Malangnya kelihatan wang awam milik kerajaan persekutuan itu telah digunakan untuk menghasut bagi menentang sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia,” kata beliau.

Tambah beliau, Perlis adalah sebuah negeri yang berdaulat dalam Persekutuan Malaysia.

“Ia memiliki Raja pemerintahnya yang tersendiri. Raja yang berdaulat ini merupakan ketua agama Islam bagi negeri ini.

“Hak dan keistimewaan Tuanku Raja dan pengamalan Islam di negeri ini dijamin oleh Perlembagaan Negeri dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Tambah beliau, Perlembagaan negeri pada Fasal 5 jelas menyatakan bahawa agama bagi negeri ini ialah agama Islam Ahli Sunnah wal Jamaah. Ia telah termaktub sejak sekian lamanya.

Semalam, lima pertubuhan bukan kerajaan di Perlis membantah penyiaran sebuah artikel bertajuk “Penyelewengan Wahabi” yang turut dikaitkan dengan pegangan agama di negeri itu.

Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Persatuan Melayu Negeri Perils (Pemanis), Pertubuhan Kebajikan al Qalam Perlis, Persatuan Bekas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Malaysia cawangan Perlis dan Persatuan Baiturahim Perlis, berkata Perlis tetap mengamalkan Sunnah Wal Jamaah sebagaimana termaktub dalam Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri.

Yang Dipertua Persatuan Al Islah Negeri Perlis, Datuk Ahmad Jusoh Amin berkata, artikel itu yang ditulis oleh Nakhaie dalam majalah Milenia Muslim, seolah-olah merupakan satu hasutan terhadap Perlis.

Katanya ayat yang ditulis dalam artikel itu ialah “Tindakan negeri Perlis keluar daripada Jemaah dan mengambil jalan sendiri, kononnya mengembangkan Islam tanpa mazhab adalah salah dan mesti ditentang,” adalah keterlaluan.

Pertubuhan-pertubuhan itu mencadangkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menghentikan segera perbincangan bersabit isu Wahabi yang mengaitkannya dengan negeri Perlis dan memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail dan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis mendesak penulis dan penerbit majalah Milenia Muslim menarik balik tuduhan dan memohon maaf secara terbuka.

TMI


4 ulasan:

  1. Tanpa Nama20/8/10 6:32 PG

    wahai ustz hj nakhaie,kamu telah pun semopurnakan ibadah hj.saya ingin bertanya siapakah imam masjid dimekah dan madinah,bukankah mereka wahabi?kami rakyat malaysia yang berimamkan mereka,adakah kami digolongkan kedalam sembahyang yang tidak sah?.banyak perkara bersangkutan dan tuntutan islam yang sengaja diketepikan dan dipinggirkan saperti hukum hudud,pemimpin kerajaan memeperlekehkan islam,kenapa ustz tidak bangun melawan?.ustz umpama anjing menyalak bukit,salah bukit pulak tu.

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama20/8/10 8:41 PG

    orang yg duduk dalam tangki najis seperti nakhaie ini tak sepatutnya bercakap tentang kebersehan<sepatutnya keluar dari tk najis cuci dulu diri baru bercakap tentang kebersehan.

    BalasPadam
  3. ulamak fulus- inilah yang beliau gelarkan kepada ulamak yang tidak sealiran dengannya suatu ketika dulu,semasa dalam PAS

    BalasPadam
  4. MALU KITA UMAT ISLAM MALAYSIA
    orang yang berilmu dalam Islam bertelagah sesama sendiri,sedangkan masaalah sebenar umat kita tidak duduk sama2 berbincang macam mana nak selesaikan,
    JAKIM
    masaalah halal haramnya,tidak selesai2 sampai sekarang,yang tahu sana sini sesat,haram mana contoh yang betulnya,yang dia kacau yang kecil2 yang besar buat tak tau je,
    MUFTI
    bertelagah sesama sendiri contoh kes ESQ, macamana kami orang awam nak cari jalan yg betul,tunjukkan kepada kami kumpulan dakwah yang boleh diikuti,politik yang kami boleh sertai-ini tidak semua tidak betul yang betul mereka saja dengan rumah,kereta mewah lepas tu suruh kita qanaah cukup apa yang ada.
    Ilmuan Islam bercakaran
    bingung kami mana yang diikuti.macam nakaie bukan orang baru sudah lama dalam PAS dalam UMNO,pertubuhan dakwah,keluarga hebat2 dalam Islam,apakah perlu dengan pendekatan seperti ini- bingung kami.mana yang betul
    MANA PERTUBUHAN DAKWAH BEBAS YG BOLEH KAMI IKUTI

    AL ARQAM SESAT KERANA AURAD MUHAMDIAH
    TABLIQ SALAH KERANA SELALU TINGGALKAN KELUARGA
    PENGAJIAN ALA MEMALI -SALAH JUGA
    AL MAUNAH - SALAH TAK TAU KAT MANA

    KAMI NAK YG PRAKTIKAL BUKAN BANYAK BERCAKAP TAPI TIDAK MEMBENTUK SASIAH KELUARGA KAMI.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive