Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 31, 2010

Umno-BN Mangsakan Satu Juta Pemilik Kenderaan, Pakatan Rakyat Janji Hapus Saman Ekor

Oleh Sidiqin Omar


KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kerajaan Umno-Barisan Nasional telah mengeluarkan 10 juta saman ekor serta memangsakan lebih satu juta pemilik kenderaan di negara ini daripada memperbaharui cukai jalan.

Sehubungan itu Pakatan Rakyat berjanji akan memansuhkan terus saman ekor, sekiranya diberikan mandat untuk menubuhkan Kerajaan Persekutuan pada Pilihan Raya Umum ke-13 kelak.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata kejayaan Pakatan Rakyat melalui PAS menangguhkan peraturan yang menyenarai hitamkan pemilik kenderaan yang gagal menjelaskan saman ekor hanya bersifat sementara sehingga 28 Februari 2011.

"Kami berpendapat ini adalah usaha yang berterusan, kerana setiap kesalahan (yang dilakukan), mesti diselesaikan mengikut proses mahkamah. Adalah tidak adil untuk menghukum dengan tidak membenarkan kenderaan pemilik kenderaan memperbaharui cukai jalan, kerana mungkin kesalahan tersebut bukan dilakukan oleh pemilik kenderaan.
"Bayangkan kalau satu saman, kompaunnya berjumlah RM300. Kalau sepuluh juta saman, berapa pula?

"Saman juga mesti diserahkan terus dengan notis kepada pemandu kenderaan, bukan kepada pemilik kenderaan. Contohnya pemilik syarikat kenderaan. Ini akan menimbulkan masalah apabila musim perayaan tiba. Mujur penangguhan ini dilaksanakan," jelas Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.

Beliau berkata demikian semasa mengedarkan risalah kepada pemandu kenderaan selepas melancarkan kempen kesedaran 3M (Memandu Berhemah, Mansuhkan Senarai Hitam dan Mansuhkan Saman Ekor) yang dianjurkan oleh Jawatankuasa KASE (Kempen Anti Saman Ekor) di Plaza Tol Sungai Besi, petang semalam.

Risalah itu mengandungi maklumat berkenaan saman, saman ekor, hak pengguna jalan raya yang disaman serta petua mengenai keselamatan jalan raya.

Turut hadir pada pelancaran kempen itu termasuk Timbalan Pengerusi KASE, Mohamad Taufek Ghani yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Paroi, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Aiman Athirah Al-Jundi bersama petugas lain.

Sehubungan itu beliau memaklumkan, KASE akan melancarkan laman sosial facebook sempena pelancaraan kempen 3M ini, di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri Gombak Setia, di Gombak pada sebelah malam.

"Ia bertujuan untuk memberi ruang kepada pengguna jalan raya berkomunikasi dengan KASE dan memberikan maklum balas, tindakan susulan dan pembelaan sewajarnya kepada mangsa saman ekor dan mangsa senarai hitam," jelas Mahfuz lagi.

SK

3 ulasan:

  1. JIKA MEREKA BENAR-BENAR MEMANDU LAJU, MEREKALAH SALAH. BAYAR SAJALAH JIKA DAH SALAH. MEREKA BUKAN MANGSA, MEREKA PESALAH TRAFIK.

    BalasPadam
  2. betul.Mangsa dan pesalah jauh berbeza.Kalau tak ada kereta,tapi kena saman ekor yang tu baru diistilahkan sebagai mangsa.

    BalasPadam
  3. Pesalah trafik ini akan lebih berani melakukan kesalahan dan memaksa orang lain turut lakukan kesalahan.

    1 contoh:
    Cuba anda ikut peraturan memandu 110km/j di lorong kanan lebuhraya. akan akan diekori dengan rapat dan di'flash'kan. memaksa anda langgar peraturan(memandu lebih laju) atau ketepi. Hak anda dicabuli sebagai yg patuhi undang2.

    Tuan Mahfuz, KENAPA nak bantu mereka langgar undang2?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive