Selasa, Ogos 24, 2010
Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak
Kedutaan Besar Malaysia ke Indonesia di Jakarta telah dilempar najis manusia oleh penunjuk perasaan daripada kumpulan Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) pada satu demonstrasi petang ini.
Seorang daripada 37 penunjuk perasaan itu telah melemparkan najis itu ke dalam perkarangan kedutaan itu melepasi pintu pagar hadapan dan di atas kepala barisan anggota polis Indonesia yang sedang mengawal ketat di hadapan bangunan itu.
Mereka turut melepaskan najis itu ke atas bendera Malaysia yang dipijak-pijak di atas jalan tempat mereka berkumpul di hadapan kedutaan itu.
Kumpulan itu sebelumnya telah membawa lima bungkusan najis itu, ada yang diletakkan dalam kertas bungkusan makanan, dalam plastik dan dalam kotak polisterin dan dinyatakan sebagai "hadiah" untuk Duta Besar Malaysia ke Indonesia kerana Malaysia selama ini telah beberapa kali memberi "najis" yang lebih kotor kepada Indonesia.
Dengan tiba-tiba seorang daripada mereka melempar bungkusan kertas berisi najis itu ke dalam pagar kedutaan itu dan pada masa yang sama, najis turut dilepaskan ke atas bendera Malaysia yang mereka sedang pijak itu.
Demonstrasi itu diadakan bagi menandakan kemarahan mereka terhadap Malaysia yang mereka dakwa telah merendahkan maruah Indonesia dalam insiden di perairan Bintan pada 13 Ogos lalu apabila polis Malaysia menahan tiga pegawai penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan Indonesia.
Ia juga untuk menyatakan kekecewaan rakyat terhadap kepemimpinan Presiden Susilo Bambang Yudhoyono, yang dikatakan sangat lemah menghadapi Malaysia.
Berikutan kejadian lempar najis itu polis Indonesia menangkap tiga orang pelaku berkenaan.
Demonstrasi itu berlangsung selama sejam.
Seorang wakil kumpulan itu kemudian memberitahu wartawan yang meliputi peristiwa itu bahawa mereka telah memberi kata dua kepada polis Indonesia iaitu lepaskan rakan-rakan mereka itu daripada tahanan atau mereka akan melakukan operasi usir rakyat Malaysia petang ini.
Operasi yang dinamakan "Sweeping Rakyat Malaysia" itu dirancang akan dilakukan di hadapan bangunan kumpulan itu di Jalan Diponegoro, Menteng, di Jakarta.
Polis Indonesia telah menugaskan ramai anggota untuk mengawal ketat di hadapan bangunan kedutaan Malaysia, setelah mendapat maklumat bahawa demonstrasi berkenaan akan disertai antara 300 dan 500 penunjuk perasaan.
Dalam insiden di perairan Malaysia-Indonesia itu, bahagian penguatkuasa Kementerian Kelautan dan Perikanan menahan tujuh nelayan Malaysia manakala Polis Marin Malaysia pula menahan tiga pegawai pengkuatkuasa kementerian dari Indonesia itu, masing-masing kerana didakwa menceroboh wilayah masing-masing.
Kedua-dua negara kemudian membebaskan tahanan-tahanan itu pada 17 Ogos lalu.
- Bernama
MK
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Ogos
(298)
- GAMBAR "SUPERIMPOSE YAB LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMB...
- UMNO Semakin Takut DAP Makin Rapat Dengan Orang Me...
- Tidak serik : melacur di restoran
- Umno-BN Mangsakan Satu Juta Pemilik Kenderaan, Pak...
- Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masj...
- Utusan dan Umngoknya pernah tengok ni ke?
- Teo hadiri satu lagi majlis di surau
- Gobind Desak Kerajaan Kaji Semula Perjanjian Konse...
- Untung atas angin jual 1,000 tapak bazar Ramadan
- SELAMAT HARI MERDEKA!!!
- Peraduan Mencari Kondom
- BILA AYAM BERTELUR....SEKAMPUNG RIUH,TAHI BERTERAB...
- CEO wanita saman syarikat telekomunikasi RM20 juta
- Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunj...
- Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat
- Tak sempat mandi wajib
- Kunjungi masjid: William Leong pula jadi sasaran
- Umno nazak, semua isu dijadikan modal politik
- Nik Aziz: Bukan Islam Digalak Hampiri Masjid, Rapa...
- Isa Bakar meninggal
- Bom Gegar Desa Tun Razak, 2 Cedera
- Pakej gadis genit
- Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman
- Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!
- Insurans kenderaan: Memo kepada Bank Negara
- Tak tahan diratah abang
- Lawak Ahad: Ibu Mertua
- Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo
- 2 mati selepas tegur rakan tidur
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 28/08/10
- Kenapa Utusan & UMNO Serang Ahli Parlimen Serdang ...
- Tahniah Teo.. Anda Berjaya Buatkan Umno Kelihatan ...
- Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'
- YB DAP sedang memberi tazkirah kepada bubur lambuk
- “Kerajaan baru turunkan cukai tanah, takkan naikka...
- 'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah
- Gadis diperkosa tepi tangga flat
- Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libat...
- Chelsea berkampung seminggu di Malaysia tahun depan
- Jalur lebar Celcom lembab
- Perogol budak didakwa
- Nurul: ‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umn...
- Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umn...
- Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
- Pinggan kosong di bawah tudung saji ...
- Perakam video: Selangor serah siasatan kepada poli...
- Bomoh Durjana Dakwa Mampu Pulih Dara
- MPAJ tidoq ka apa?
- Piala Malaysia: Kedah Senarai Empat Pemain Skuad P...
- Minum Air Sebelum Makan Boleh Turunkan Berat Badan?
- Imej Negara Sudah Lama Tercalar Bukan Kerana Nurul...
- APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?
- Silap la Penang bagi duit raya RM400 je...
- PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham
- 'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah
- Hampir 200 wanita dirogol bergilir-gilir
- Surat Cinta Untuk Jiwaku
- Video Terbaru Inkues Teoh 'Hilang' Dari Web AG?
- Umno-BN Tentang Penggunaan Dinar, Dirham Tapi Begi...
- Saya akan saman - Zakaria
- Pelajar dilanggar sebelum dirogol
- Jualan murah!!!! pengguna mudah diperdaya
- Bapa sembelih anak 3 tahun
- Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew
- 'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi
- Projek Raya
- Pasangan berahi IPT dicekup
- Tu dia... gambaq Kak Midah...sakan nooo..!!!
- Altantunya kena C-4, Khairul kena C-8
- PULUN
- Seks dalam kereta
- Derita seorang pemilik kereta lama
- "Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"
- Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak
- Bekas guru didakwa rogol, liwat pelajar
- Suhu Politik Makin Panas
- Gempar Seorang Ketua Bahagian Umno Terima Rasuah Sex?
- ‘Banyak Malaysia’ dalam 1Malaysia!
- SATU KEPING KARIPAP SEULAS CINTA
- Guan Eng gantikan Agong: Permainan politik karut UMNO
- Bazar Kuantan Pula Dilanda Ribut, 20 Kanopi Musnah
- MERDEKA 53 Tahun.. Perintah 53Tahun,,, nak sediaka...
- Isteri lari ikut bomoh
- Umno sengaja ‘besarkan’ isu khutbah
- Apa jadi dengan Harakahdaily?
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 22/08/10
- Letupan mercun: Budak maut tercampak ke atas pokok
- UMNO Sekarang Terpaksa Bergantung Harap Kepada Pel...
- Rogol cucu tiri di kandang lembu
- Saman Ekor Diguna Sebagai Sumber Pendapatan Kerajaan
- Mengapa Umno terkejut dengan doa ini?
- Lawak Ahad: Duit 5 sen
- Bayi disangka cempedak
- Ketua Pengarang Akhbar Nanban Buat Laporan Polis D...
- Keputusan EPL 21/08/10
- Ahlan Wa Shah Alam,Umno Wal Baghal
- Pakatan perlu menang besar di Kedah
- Tabur fitnah, semarakkan kebencian, UMNO terdesak!
- Bapa dan anak-anak dihukum kerana merogol
- Cilanat!!!Ayam Dah Pandai Demand Harga...
-
▼
Ogos
(298)
bangang gile derank nih...x reti hormat ngr org...msia x dek pun buat mcm tuh kan???mmg uneducated sggh derank nihh...haihhhh...apo nk jadii daa
BalasPadamBiasa la..bila tertekan dengan kemunduran negara sendiri diaorang nak release stress dgn benda2 camni plak..tambah plak media indon pun sibuk megapi2kan..
BalasPadampatot la negare asyik ditimpe musibah jer...tk habis2 nk cari masalah
BalasPadam