Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 20, 2010

Ajal pulang buka puasa

2010/08/20

KUANTAN: Malang menimpa dua sahabat apabila seorang tercampak keluar kenderaan yang dinaiki sebelum disahkan meninggal dunia selepas terbabit dalam kemalangan ketika pulang untuk berbuka puasa di rumah sewa mereka di Muadzam Shah, Rompin, petang kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.45 petang di Kilometer 127.8 Jalan Kuantan-Seremban, dekat Rompin, mangsa yang terbunuh, Mohammad Zairi Adika Mohammad Ali, 21, menaiki Perodua Kancil dipandu rakannya Mohamad Hafiz Roslan, 23, dalam perjalanan dari Bandar Tun Razak ke Muadzam Shah.

Kereta dinaiki dua lelaki itu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung Proton Persona.


Akibat pertembungan itu, Mohammad Zairi yang berasal dari Mentakab tercampak keluar kenderaan dan dikejarkan ke klinik kesihatan berhampiran sebelum disahkan meninggal dunia akibat kecederaan dalaman di kepala.


Rakannya, Mohamed Hafiz juga dari Mentakab dan pemandu Proton Persona berkenaan, Syed Mohamad Fadhyllah Syed Isahak, 27, dari Muadzam Shah mendapat kecederaan parah dan dikejarkan ke Hospital Muadzam Shah (HMS).


Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Superintendan Mohamed Fauzi Abdul Rahim, berkata ketika tiba di tempat kejadian, pemandu Perodua Kancil berkenaan tiba-tiba terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung Proron Persona terbabit.

HM


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive