Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 26, 2010

Imej Negara Sudah Lama Tercalar Bukan Kerana Nurul Izzah

Oleh Wfauzdin NS


Betapa Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin begitu gusar apabila negara luar semakin memandang serong negara ini.

Bagi menyembunyikan kegusarannya, Menteri tersebut menuding jari ke arah Pembangkang yang kononnya hanya mendedahkan keburukan negara ini ke pihak luar.
Tuduhan ke atas Nurul Izzah jelas menampakkan kegusaran pemimpin Umno. Artikel ini merujuk kepada laporan Bernama di sini.


Persoalannya, apakah sebelum Nurul Izzah mendedahkan beberapa penyelewengan yang berlaku di dalam negara ini imej negara kita berada di tahap yang terbaik?
Sebenarnya sudah berpuluh tahun khususnya selepas berlaku konspirasi terhadap Anwar Ibrahim, imej negara ini begitu merudum sekali.

Bukan sedikit negara luar yang melahirkan rasa simpati ke atas nasib yang menimpa ke atas Anwar tokoh ternama Asia dan dunia itu.

Keganjilan yang berlaku di dalam sistem kehakiman negara benar-benar menarik perhatian mereka.

Kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu juga menarik minat negara luar kerana korbannya adalah rakyat asing yang dibunuh tanpa ada sebab atau motif.

Mereka mengetahui kisah ini bukan dari mulut Nurul Izzah kerana pemimpin dunia luar lebih cerdik daripada pemimpin negara kita.

Pemimpin negara kita tidak kurang hebatnya bercerita tentang keburukan Pembangkang di luar negara.

Anwar sering diperkatakan sebagai peliwat oleh pemimpin negara dan kisahnya dijaja ke merata negara.

Namun, negara luar bukannya mudah untuk diperbodohkan. Oleh itu, pemimpin Umno mulai merasa tertekan dengan segala bentuk persoalan yang dikemukakan oleh pihak luar.
Imej negara kita kini sememangnya terjejas akibat salah pemimpin kita sendiri. Di dalam dunia tanpa sempadan sekarang, kita tidak lagi boleh menyembunyikan apa jua dari diketahui pihak luar.

Apakah kita mahu negara luar memandang tinggi pemimpin negara kita sedangkan rakyat sendiri semakin menolak mereka?

wfauzdin.blogspot.com

SK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive