Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 25, 2010

'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi



Penubuhan pasukan khas antirasuah pasir oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) didakwa menyebabkan timbalan pengerusi Umno Selangor Datuk Noh Omar kini tidak berani 'berkokok' lagi menyerang pentadbiran Pakatan Rakyat.

Mahfuz omar handing over to idris ahmad pas hq 220609 02 Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad (kiri) berkata, perkara itu juga disebabkan permohonan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri dalam negeri dan ketua polis negara supaya menangkap pencuri pasir.

"Keputusan yang bijak ini telah mematikan isu pasir di Selangor, kononnya berlaku penyelewengan (seperti didakwa) oleh hero pasir Datuk Noh Omar dan (bekas menteri besar) Datuk Seri Khir Toyo.

"Kita mengharapkan kalau boleh SPRM boleh buka balik fail-fail projek pasir yang dikendalikan oleh kerajaan BN dahulu, supaya rakyat tahu siapakah perompak pasir di Selangor," katanya.

Pada 21 Ogos lalu, Khalid mengumumkan SPRM dan KSSB bersetuju menubuhkan pasukan petugas khas - dianggotai wakil kedua-dua pihak - bagi membanteras rasuah melibatkan perlombongan pasir di negeri itu.

Dalam satu kenyataan hari ini, Idris berkata PAS mengucapkan tahniah kepada kerajaan Selangor kerana mengambil pendekatan itu "supaya SPRM lebih bebas memantau operasi KSSB" dan mengesan sekiranya ada prosedur yang membuka ruang kepada rasuah.

"PAS berpandangan tindakan ini menunjukan betapa serius kerajaan Pakatan yang hendak memastikan khazanah bumi Selangor dapat dinikmati oleh semua rakyat tanpa mengira kaum.

"Selama ini industri pasir merupakan lubuk emas untuk kroni Umno. Kesannya yang kaya (hanyalah) kroni, manakala negeri dan rakyat makan lumpur," katanya.

Menurut Idris lagi, apabila industri pasir distruktur semula selepas Pakatan memerintah, kutipan royalti semasa jauh mengatasi zaman pemerintahan BN sebelum ini.


MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive