Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 20, 2010

'Liwat' di Twitter, Ezam diheret ke JAWI



Jimadie Shah Othman
Ogos 19, 10

Gara-gara tulisannya di laman Twitter, Ezam Mohd Nor kini diheret ke Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tuduhan membuat tuduhan qazaf terhadap bekas bosnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

NONEAduan tersebut dikemukakan oleh Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin - regu lama Ezam dalam sayap parti itu - kepada bahagian penguatkuasaan JAWI pada jam 2 petang tadi.

"Kita percaya, ini adalah laporan pertama melibatkan Twitter dikemukakan kepada JAWI," kata Shamsul (kanan) pagi tadi.

Beliau yang juga pengerusi PKR Melaka berkata, aduan tersebut dibuat berdasarkan beberapa tulisan Ezam di laman blog mikro itu, antaranya:

"Saya juga telah lihat betapa jijiknya kerana kuasa politik seorang isteri sanggup biarkan suaminya fitnah orang untuk tutup perangai kejinya yang meliwat."

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, "mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan."

NONEJika disabitkan dengan kesalahan qazaf, seseorang boleh didenda tidak melebihi RM5,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Bercakap pemberita selepas selepas membuat laporan itu hampir jam 3 petang, Shamsul berkata, selain tulisan Ezam di Twitter, beliau juga menyerahkan beberapa keratan akhbar bagi menyokong dakwaannya.

Jelas rujuk pada Anwar

NONEAntaranya laporan muka depan Sinar Harian pada 13 Ogos yang melaporkan Ezam mencabar presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Ismail bersumpah berhubung dakwaan beliau pernah dihubungi isteri Anwar yang memberi arahan supaya orang ramai tidak mendekati suaminya.

Menurutnya, walaupun terdapat tulisan Ezam di Twitter yang tidak menyebut secara khusus nama Anwar dan Wan Azizah, tetapi berdasarkan konteks dan isu pada masa itu, ia jelas merujuk kepada pemimpin pembangkang itu.

"Kita faham ia ditujukan kepada siapa berdasarkan rentetan peristiwa (yang berlaku)," katanya yang juga semua peguam.

Shamsul juga menjelaskan, beliau tampil membuat laporan itu ekoran keyakinannya bahawa Ezam tidak mempunyai empat orang saksi lelaki yang berwibawa bagi menyokong dakwaannya.

"Itu hanyalah usaha terdesak dan hendak meraih populariti," kata Shamsul lagi.

NONE"Saya cabar beliau (Ezam) bersumpah dalam mahkamah (syariah). Bawa empat orang saksi, buktikan dakwaan dia betul.

Ini kerana, tambahnya, tindakan itu menurut kaedah hukum Islam yang betul.

Shamsul hadir ke pejabat JAWI dengan diiringi beberapa pemimpin sayap itu dan aktivis PKR, antaranya Ketua AMK Wilayah Persekutuan Md Zaman Tasi.

Reaksi spontan Ezam

Sementara itu, Ezam dalam reaksi spontan menerusi twitter berkata beliau tidak gentar dengan tindakan mengheretnya ke JAWI.

“Dakwa qazaf - saya tidak gentar dan sedia bersumpah di mahkamah syariah pertahan setiap patah perkataan saya dalam twitter atau di mana saja,” tulisnya.

VIDEO | 5.29 min

MK



1 ulasan:

  1. diorang nie gila ke apa...pening aku tgk dgn politik malaysia..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive