Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 23, 2010

SATU KEPING KARIPAP SEULAS CINTA




SEKEPING KARIPAP

ahad petang sunyi dan nyaman
ahad petang cuaca bagitu nyaman
ahad petang membawa kegembiraan pada pewarong

kueh dan mueh
lauk dan pauk
minum dan minam
manis dan minah
semua terhampar di meja

cuma berita kurang baik
harga kueh telah naik
dari 3 seringgit menjadi 5 dua ringgit
duit seringgit nilainya lemah
tidak lagi berupaya membeli 3 keping karipap

cuma berita kurang baik
kueh bertambah kerdil

cuma berita kurang baik
seringgit tidak lagi berupaya membeli sayur

bagaimana agaknya hidangan
satu keluarga yang pendapatan ibu dan ayah
tidak melintas dua ribu ringgit

bagaimana agaknya hidangan
satu keluarga yang pendapatan dibawah seribu ringgit

bagaimana agaknya hindangan
satu keluarga yang pendapatan di bawah lapan ratus ringgit

apabila kau memesan chivas regal nanti
apabila kau memesan moet chandon nanti
apabila kau memesan mouton cadet nanti
sila hitung berapa keping karipap dapat kau beli
dengan harga sebotol shiraz

kemudian kau hitung berapa keping
karipap dapat dibeli dengan
harga sebuah kapal selam


tukartiub

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive