Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 22, 2010

Saman Ekor Diguna Sebagai Sumber Pendapatan Kerajaan

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 22 Ogos - Kerajaan Umno-Barisan Nasional gagal mendidik pengguna jalan raya walaupun selepas 10 juta saman ekor dikeluarkan dan lebih satu juta pengguna jalan raya disaman oleh pihak polis dan disenarai hitamkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) daripada memperbaharui cukai jalan mereka.

Laporan kematian akibat kemalangan ngeri di jalan raya diseluruh negara terpapar di dada akhbar setiap hari yang membuktikan peratusan kadar kemalangan tidak berkurangan malah semakin menjadi-jadi.

Pengerusi Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Datuk Mahfuz Omar berkata kegagalan itu disebabkan kerajaan Umno-BN gagal memupuk dan mendidik pengguna jalan raya tetapi sebaliknya menjadikan saman ekor sebagai salah satu sumber pendapatan kerajaan yang lumayan.

"Ini menunjukkan kerajaan sebenarnya tidak benar-benar serius mahu melaksanakan sistem pendidikan kepada pengguna jalan raya. Apa yang dilakukan seperti melepaskan batuk di tangga.

"Apa yang kerajaan lakukan cumalah mengenakan saman ekor serta menyenarai hitam pengguna jalan raya, manakala pihak JPJ pula mengugut pengguna dengan menghalang rakyat memperbaharui cukai jalan," kata beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena kepada Suara Keadilan.

Menurut Mahfuz, kerajaan hanya menjalankan program untuk mengatasi kemalangan jalan raya secara bermusim dan tidak bersungguh-sungguh mengatasi masalah peningkatan insiden kemalangan jalan raya.

Lagi pun katanya, pihak polis sepatutnya ditempatkan mengawasi kawasan kemalangan sepanjang lebuh raya dan bertindak menahan terus pesalah trafik daripada mengeluarkan saman ekor yang diragui kesahihannya.

"Kerajaan hendaklah mencari jalan untuk mengatasi kemalangan jalan raya dengan cara mendidik dan bukan memberikan saman tanpa usul periksa," tegas beliau.

SK


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive