Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 26, 2010

Piala Malaysia: Kedah Senarai Empat Pemain Skuad Piala Presiden


ALOR SETAR: Kedah akan menyenaraikan empat pemain pelapis daripada skuad Piala Presiden bagi memperkukuhkan pasukan itu menghadapi cabaran Piala Malaysia yang bermula 14 Sept ini.

Pengurus pasukan Datuk Khazali Din berkata nama keempat-empat pemain berkenaan akan diumumkan kemudian dan pasukan itu tidak berhasrat untuk meminjam pemain daripada mana-mana pasukan bagi menghadapi kempen Piala Malaysia itu.

Katanya satu mesyuarat akan diadakan melibatkan jurulatih dan pengurusan Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Sabtu ini ini bagi merombak dan memilih posisi pemain yang bakal beraksi pada kejuaraan itu.

Beliau berkata Kedah akan menggandingkan pemain berpengalaman sedia ada dan pemain-pemain muda daripada pasukan Piala Presiden.

"Walaupun prestasi (sebelum ini) kurang menyerlah, tapi saya percaya keupayaan dan semangat yang ditunjukkan pemain untuk terus berjuang dalam menghadapi Piala Malaysia begitu menyerlah," katanya kepada Bernama di sini.

Beliau berkata Kedah, yang dibarisi pemain kebangsaan seperti Badrol Bakhtiar dan Mohd Khyril Muhymeen Zambri serta pemain berpengalaman lain seperti Mohd Azmi Muslim dan Mohd Fazliata Taib, mampu membuat satu kejutan pada saingan itu.

"Saya berharap semua pemain akan memulakan pembukaan tirai perlawanan dengan penuh yakin dan semangat baru sekaligus menjulang trofi Piala Malaysia untuk dibawa balik ke negeri ini," katanya.

Kedah dijangka tidak menghadapi laluan sukar dalam saingan kumpulan C Piala Malaysia yang meletakkan pasukan Johor FC, Perak dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Kedah akan bertemu dengan Johor FC pada perlawanan pembuka tirai Piala Malayia di Stadium JCorp, Pasir Gudang 14 Sept ini.

Kali terakhir Kedah menjulang Piala Malaysia ialah pada 2008 apabila menumpaskan Selangor 3-2 dalam perlawanan akhir.

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive