Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Ahad, Ogos 22, 2010

Bayi disangka cempedak


REMBAU - Pagi Jumaat yang hening di perhentian bas kilometer 17 Jalan Pedas Linggi, di Kampung Kundur Hilir di sini, semalam digemparkan dengan penemuan mayat seorang bayi lelaki.

:Pengawal keselamatan, Mohamad Som Adlan, 62, berkata, dia dalam perjalanan ke tempat kerja kira-kira jam 6 pagi sebelum dimaklumkan beberapa pelajar yang menunggu bas sekolah di kawasan berhampiran mengenai bungkusan yang diletakkan di perhentian berkenaan.

"Saya bergegas ke lokasi yang dimaksudkan dan mendapati satu bungkusan yang disangka buah cempedak kerana keadaan sekeliling masih gelap gelita. Namun apabila menghampiri bungkusan berkenaan, saya mula rasa curiga.

“Justeru, saya memanggil beberapa penduduk kampung supaya dapat meninjau dengan lebih dekat lagi. Kami semua terkejut kerana bungkusan itu mengandungi bayi lelaki yang tidak bernafas lagi dan lengkap berpakaian tetapi dibaluti tuala dan kain batik,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, mereka kemudiannya segera menghubungi pihak polis.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Suprintendan Mizan Md Dom berkata, pihak polis menerima maklumat daripada orang ramai kira-kira jam 6.05 pagi dan bergegas ke tempat kejadian.

“Setibanya di tempat kejadian, polis menemui seorang bayi yang sudah meninggal dunia anggaran umur antara 10 hingga 12 bulan dengan ketinggian 30 inci, lengkap berpakaian dan dibaluti kain batik serta tuala yang diletakkan di atas tempat duduk perhentian bas.

"Berdasarkan siasatan awal mendapati, terdapat kesan lebam pada bahagian kepala, mata kiri, pipi kanan dan sedikit pada bahagian belakang badan," katanya.

Menurutnya, bayi yang dijumpai itu dipercayai berbangsa Melayu dengan kewarganegaraan Malaysia.

"Pihak kami juga membuat semakan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk menyiasat kelahiran bayi berkenaan.

"Justeru, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Rembau menerusi talian 06-685 2222 atau 06-685 1999 bagi membantu siasatan," katanya.

Mizan juga berharap, klinik swasta terdekat jika memberi rawatan kepada bayi dalam lingkungan umur berkenaan kerana demam atau terjatuh, agar menghubungi segera pihak polis.

Mayat bayi dihantar ke Hospital Seremban dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

SH


1 ulasan:

  1. sedih ,, berlaku kes ini di tidak jauh dari kampong aku,,,,,,,

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive