Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, Ogos 18, 2010

Bapa rogol anak OKU

MUAR: Seorang lelaki yang dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam selepas mengaku bersalah merogol anak kandungnya yang juga orang kurang upaya (OKU), menangis teresak-esak ketika merayu hukuman diringankan dengan alasan ingin bertaubat.

Pekerja kampung berusia 46 tahun dari Parit Bunga, dekat sini, juga bersumpah tidak akan mengulangi kesalahan itu serta akan memohon maaf kepada anaknya yang berusia 15 tahun itu.

Dalam rayuannya, tertuduh tidak diwakili peguam bela meminta mahkamah menimbangkan kesusahan hidup yang dialaminya termasuk mempunyai 11 anak berusia antara setahun hingga 18 tahun yang memerlukan penjagaannya kerana isterinya turut mengalami masalah kesihatan.

Katanya, beliau bergantung hidup kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sebanyak RM450 sebulan bagi menampung kehidupan sekeluarga.

“Saya memohon hukuman diringankan, saya ingin bertaubat dan bersumpah tidak akan buat lagi. Saya juga mahu berpuasa dan beraya bersama anak isteri,” katanya.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Lelaki itu didakwa melakukan perbuatan itu dalam bilik mangsa di rumah mereka, kira-kira jam 2 pagi, 4 Ogos lalu tetapi laporan polis hanya dibuat pada 10 Ogos lalu apabila mangsa mendedahkan kejadian itu kepada rakan sekolahnya sebelum merujuk kepada guru sekolah berkenaan yang kemudian membantu mangsa membuat laporan di Balai Polis Sungai Mati. Bapa mangsa ditahan pasukan polis beberapa jam selepas laporan polis dibuat.
Timbalan Pendakwa Raya, Zairani Tugiran, bagaimanapun meminta mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana kejadian bapa merogol anak kandung semakin berleluasa dan berharap ia menjadi pengajaran kepada tertuduh serta peringatan kepada orang ramai.

Hakim Kamarudin Kamsun, memerintahkan hukuman penjara itu dijalankan bermula daripada tarikh penahanannya pada 10 Ogos lalu.

Dalam penghakimannya, beliau berkata, hukuman itu dibuat selepas mengambil kira pengakuan bersalah tertuduh serta latar belakang keluarganya.

dan berharap ia menjadi pengajaran kepada tertuduh serta orang lain.

“Cakap memang senang, semua orang boleh cakap dan walaupun sudah mengaku kesalahan, kamu (tertuduh) tidak boleh lari daripada hukuman di dunia dan akhirat, undang-undang tetap undang-undang, mungkin pengakuan bersalah kamu akan meringankan hukuman di akhirat nanti.

“Kalau hidup susah sekalipun, janganlah kamu buat kesalahan seperti yang kamu lakukan kerana biarlah kehidupan susah tetapi hidup dengan harga diri,” katanya.

BH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive