Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, Ogos 23, 2010

Suhu Politik Makin Panas

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA



TENGAH-TENGAH Ramadan yang shadu, tiba-tiba suhu kepanasan politik mulai bergeledak. Kali ini timbul isu Kutbah Jumaat di Pulau Pinang yang mendoakan kesejahteraan ketua Menteri kerajaan Pulau Pinang, Sdr Lim Guan Eng dan dikatakan juga ianya mengenepikan yang di Pertua Agong.

Isu ini jika dibicarakan cangkat politik,umumnya seseolah ia menodai kesucian Islam, malah juga boleh mencetuskan kemarahan umat Islam di negara ini. Malah sekaligus turut membangkitkan masalah perkauman

Saya respon dalam tulisan ini dan bersetuju dengan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri bahawa doa untuk orang bukan Islam bukanlah satu kesalahan dan dosa. Di sini kita memerlukan kefahaman yang mendalam terhadap isu yang dibangkitkan. Saya percaya ramai umat Islam terkerliru dengan isu ini, kerana lazimnya ia jarang-jarang berlaku. Oleh kerana orang-orang Melayu/Islam sikapnya terlalu mudah lupa. Maka isu yang amat kecil ini turut diperbesar-besarkan yang mana sekaligus memungkinkan boleh turut mencetus satu gelombang amarah umat Islam di negara ini, terutamanya dari kalangan orang-orang UMNO.

Kalau kita tiada hilang ingantan(mudah lupa)sepertimana kata Dr Mohd Asri, kita seringkali mendoakan kemenangan calun-calun bukan Islam dalam satu-satu pilihanraya, teruatama waktu-waktu dihari penamanaan calun. Apakah bezanya mendoakan kemenangan calun-calun yang bukan Islam dalam musim-musim politik pilihan raya dengan doa dalam kutbah jumaat yang memohon kesejahteraan kerajaan Lim Guan Eng. Saya kira ini bukan isu besar untuk umat Islam UMNO/PAS bertelagah.

Pokoknya UMNO/PAS hendaklah rasional, jangan mempolitikkan isu terpencil ini menjadi satu isu panas mengelegak. Saya juga bersetuju dengan Dr Mansor, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang agar isu tersebut disiasat terlebih dahulu. Saya juga bengong dengan serangan yang dilemparkan kepada Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiada bersalah dalam isu tersebut yang mana sekaligus seseolah beliaulah pendurjananya.

Apa pun kita tunggu komen-komen Mufti Perak, Datuk Harusani. Boleh atau salah jika mendoakan kesejahteraan kepada orang-orang bukan Islam?

jamalmd09@yahoo.com

DD

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive