Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 24, 2010

Derita seorang pemilik kereta lama



Anak Melaka

CUKAI jalan (road tax) kereta Proton Iswara saya yang sudah berusia 12 tahun mati baru-baru ini. Untuk memperbaharui cukai jalan, tentulah saya perlu memperbaharui insuransnya. Seperti tahun lalu, saya ke pejabat pos bagi membereskan urusan itu.

Selepas tiba giliran, saya menyerahkan sijil pendaftaran kenderaan dan salinan insurans tahun sebelumnya. Geli hati juga saya melihat kerani pos terkial-kial mengira jumlah wang insurans yang katanya telah meningkat mendadak tahun ini. Kira punya kira akhirnya saya pula hampir tersedak apabila dia memberitahu saya supaya membayar RM460.

Mana tidak terkejut besar saya mendengar jumlah itu. Baru tahun lalu saya hanya membayar RM91 untuk insurans, tahun ini kena bayar lima kali ganda. Disebabkan saya membawa sejumlah wang yang hanya cukup-cukup seperti tahun lalu, saya tidak terus membayarnya sebaliknya meminta kerani itu menyemaknya semula.

Kerani itu akur tetapi kemudian berkata, “memang betul, pak aji kena bayar RM460.00. Tapi kalau pak aji tak mahu, pak aji boleh ke syarikat insurans di seberang jalan sana, mungkin pak aji boleh dapatkan yang lebih murah di sana!”

Apa lagi, saya pun bergegas ke pejabat syarikat insurans itu. Kira punya kira akhirnya, kerani si gadis manis itu memberitahu saya jumlahnya RM405.06. Hai, tak jauh beza dengan apa ditawarkan di pejabat pos tadi. Apabila si kerani bertanya, jadi atau tidak jadi, terpaksalah saya mengaku tidak membawa duit sebanyak itu tetapi memintanya menyiapkan segera insurans berkenaan kerana saya akan ke mesin juruwang automatik.

Apabila sijil insurans siap, saya kembali ke pejabat pos untuk mendapatkan ‘road tax’. Kadar cukai jalan bagi kenderaan setaraf Proton Iswara adalah RM70 setahun sedangkan beberapa tahun lalu adalah sebanyak RM179 setahun. Pejabat pos pula mengenakan caj RM2 bagi perkhidmatannya.

Sekalipun kadar cukai jalan sudah dikurangkan lebih daripada separuh, hakikatnya harga insurans melambung tinggi menyebabkan pemilik kereta lama seperti saya menderita juga untuk membayar ‘road tax’.

Jika pemilik kereta lama yang berusia 12 tahun seperti saya merana ketika hendak membayar ‘road tax’, tidak dapat saya bayangkan derita pemilik kenderaan berusia lebih 20 tahun yang saya dengar terpaksa melalui karenah lebih teruk.

Dengar khabar, apabila mahu memperbaharui ‘road tax’, pemilik kenderaan berkenaan terpaksa melalui prosedur yang merumitkan melalui Malaysian Motor Insurance Pool (MMIP) dan Uni Asia untuk memperbaharui insurans kenderaan, selain peningkatan kadar bayaran yang didakwa sehingga 200 peratus berbanding sebelumnya.

Sebagai menyatakan rasa prihatin kepada pemilik kenderaan lama ini, PAS melalui Naib Presidennya, Salahuddin Ayub melancarkan satu gerakan rakyat bagi membela nasib mereka yang dinamakan Gerakan Bela Rakyat (Bela).

Salahuddin berkata pihaknya akan mengadakan persidangan meja bulat seterusnya secara berkumpulan dan hasil perbincangan akan dibawa ke persidangan Parlimen untuk mendapat pertimbangan kerajaan.

Memang benar, prosedur baru ini bukan saja menyusahkan rakyat kebanyakan terutama golongan bawahan tetapi menjejaskan kedudukan kewangan mereka dengan teruk sekali. Jika saya yang terpaksa membayar insurans yang kenaikannya sebanyak 500 peratus begitu tertekan, apa agak nasib Ramli, si tukang gunting yang memiliki sebuah Opel Kadett model 1978 dan Din, bekas askar yang memiliki Ford Escort 1974? Harap-harap mereka berjaya mendapatkan ‘road tax’ walaupun terpaksa melalui onak dan duri sedangkan hari-hari telinga mereka disumbat slogan dari corong radio dan televisyen, ‘1Malaysia, Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan’.

Selain soal insurans, satu lagi hal yang membebankan pengguna kenderaan adalah saman ekor. Seorang sahabat memberitahu dia mempunyai tiga saman ekor, menyebabkan usahanya untuk memperbaharui cukai jalan tertangguh. Hari pertama dia ke ibu pejabat polis Jalan Bandar, pembayaran tidak dapat dibuat kerana komputer ‘offline’ manakala hari kedua orang terlalu ramai. Maka pada hari ketiga barulah dia dapat menyelesaikan masalahnya itu.

“Masalahnya sekarang,” katanya, “polis tidak melayan sebarang rayuan, setiap saman kena RM300, jadi terbanglah duit saya sebanyak RM900. Kemudian bayar insurans dan ‘road tax’ yang jumlahnya ribuan ringgit. Saya benar-benar pokai sekarang ini, tapi apa nak buat, tidak bayar saman tidak boleh buat ‘road tax’. Tak ada ‘road tax’, kereta tak boleh bergerak, lagi payah saya dibuatnya.”

Selepas dibantah oleh orang ramai, barulah kerajaan bertindak menangguhkan saman ekor itu yang menurut sesetengah pakar perundangan tidak menepati kehendak perundangan, misalnya seseorang itu tidak bersalah sehingga dia dibuktikan bersalah oleh mahkmah termasuklah ketika berada di jalan raya.

HD

6 ulasan:

  1. itu roadtax kerajaan dapat cipit.....itu insuran syarikat kroni makan busat....

    WANG malaysia..rakyat dihulukan..keroni diutamakan....

    BalasPadam
  2. mengapa tak ambil dengan Takaful Malaysia.Harganya tak semahal itu.Sebenarnya bukan Insurans kereta yang mahal,yang mahalnya Insurans kemalangan diri (PA) yg diwajibkan kepada penguna.Syarikat Takaful Malaysia tidak wajibkan jadi harganya lebih murah.

    BalasPadam
  3. Insuran ni,masa beli sum insured minimum rm8000.00. Bila eksiden claim total lost dapat ikut market value kereta je.Dia kata ikut mana2 yg terendah antara sum insured dgn market value. Memanglah sampai bila2 pun depa akan bayar ikut market value.Itu yg akan terus rendah dari sum insured.Itulah penipunya undang2 insuran kat Msia ni.Semua untung depa saja.

    BalasPadam
  4. Salam Pak Aji
    Sebenarnya tiadak kenaikan premium insurance kenderaan sejak 1978 lagi, Insurance yang Pak Aji amik ialah Comprehensive dan bukannya 3rd Party. Lanie hampir semua syarikat insurance tidak memberikan 3rd party premium lagi. Dan bagi pelanggan kereta lama, pihak insurance berhak menolak dan kita kena pi ke MMIP, lagi mahei.

    BalasPadam
  5. kereta2 lama yg harga bawah RM5000 kena insured RM8000..bodoh punya kerja

    BalasPadam
  6. aduh road tax kereta saya nak mati selepas raya ni.. macam manalah nasib saya

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive