Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, Ogos 26, 2010

PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham



KUALA LUMPUR, 25 Ogos — PAS kesal dengan kenyataan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam, didakwa mengugut Melayu supaya bersatu atau hilang kuasa politik kepada bukan Melayu jika terus berpecah.

Malah, parti itu juga berpandangan bahawa Dr Mahathir sengaja buat tidak faham senario politik di negara ini sekarang dengan mengeluarkan kenyataan sedemikian.

Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad berkata berkali-kali parti itu menegaskan kepada rakyat kalau “Umno kalah yang menangnya ialah PAS.”

“Umno akan berhadapan dengan PAS di kawasan kerusi Melayu, yang tukarnya parti sahaja yang membawa dasar yang lebih jauh baik daripada umno.

“Memang beliau ini jenis manusia yang buat-buat tidak faham,” kata beliau dalam tulisan blognya.

Idris mendakwa Dr Mahathir masih menganggap bahawa Melayu wajib bersatu bawah payung Umno sahaja.

Katanya, seolah-olah selain daripada Umno, Melayu tidak boleh bersatu.

“Inilah khurafat umno yang terpahat dalam pemikiran pemimpin Umno seperti Dr Mahathir dan inilah juga kefahaman yang diterap kepada pegawai kerajaan melalui kursus-kursus Biro Tata Negara.

“Dulu pemimpin Umno sering mendakwa bahawa selain daripada Umno memerintah tidak akan maju.

“Hujah ini sudah lapuk, rakyat boleh menilai kemampuan pemimpin Pakatan memerintah di negeri mereka, walaupun usia muda tetapi membuat pembaharuaan yang begitu pantas,” katanya.

Ketika ditemui wartawan semalam, Dr Mahathir berkata umat Islam di negara ini sedang berhadapan dengan cabaran terbesar terutama dalam keadaan umat yang berpecah belah, yang mungkin mengakibatkan Islam kehilangan kuasanya di negara ini.

“Saya bukan rasis yang nak bangkitkan perasaan marah di kalangan umat Islam tetapi ada hak kita yang harus dihormati pihak lain.

“Penghormatan hanya akan diperoleh apabila kita berkuasa.

“Hari ini walaupun Islam menuntut kita bersaudara tapi kita berpecah, sehingga tahap mungkin hilang kuasa,” katanya.

Katanya walaupun jumlah umat Islam di negara ini ramai, tidak mustahil Islam akan kehilangan tempatnya sebagai agama rasmi sekiranya sikap berpecah-belah masih diteruskan.

Dalam tulisannya, Idris menambah rakyat telah lihat dari segi ketelusan dan merakyatkan kekayaan negeri untuk dinikmati oleh semua lapisan rakyat.

Kata beliau, selama 22 tahun negara di bawah Dr Mahathir, yang juga bekas presiden Umno, banyak dasar yang dilakukan merugikan orang Melayu antaranya, berapa banyak tanah rezab Melayu bertukar dan tidak berganti, melaksanakan dasar pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris walaupun merugikan orang Melayu di pendalaman.

“Beliau sendiri pernah mencadangkan supaya orang Melayu kena buang budaya subsidi, mencadangkan dasar meritokrasi, menarik royalti minyak di Terengganu, mewujudkan pegawai persekutuan di Kelantan dan Terengganu, menarik bantuan per kapita sekolah agama rakyat.

“Banyak sangat kalau kita hendak tulis pengkhianatan beliau kepada Melayu semasa beliau berkuasa.

“Sekarang kenapa beliau begitu lantang seolah-olah mengugut orang Melayu mesti bersatu dengan Umno untuk meneruskan lagi penindasan kepada rakyat dan membiarkan rakyat menderita dan memudahkan suku sakat beliau mengaut kekayaan negara,” katanya.

Sehubungan itu Idris bertanya “apakah beliau takut dan wujudnya mimpi ngeri, kalau Pakatan Rakyat menang beliau sendiri tidak selamat.”

TMI

1 ulasan:

  1. PAS makin teruk, malahan keadaan PAS kini lebih teruk dari UMNO hingga sanggup bersekongkol dengan DAP untuk meraih kuasa politik. Amat memalukan bagi PAS yang pernah mengkafirkan UMNO kerana bekerjasama dengan parti bukan Islam yang kategori Dhimmi - orang bukan Islam yang bersahabat dan tidak mencari pasal dengan Islam, tapi bila PAS bersekongkol dengan DAP yang jelas menentang perlaksaan syariat Islam sepenuhnya di Malaysia, tak kafir pula. Malahan sikap PAS yang kini membiarkan bangsa bumiputera diinjak oleh DAP sebagaimana di Pulau Pinang adalah amat memalukan sekali. Malahan dengan tak malunya PAS menyokong tindakan DAP di Pulau Pinang. Tak cukup dengan itu doa dalam khutbah Jumaat pun didoakan untuk pimpinan DAP, malahan UMNO tak pernah buat sedemikian. Tak cukup dengan itu jemput pula pimpinan DAP bagi tazkirah dalam surau. Lepas ini apakah PAS akan menjemput pimpinan DAP jadi imam di masjid bagi sembahyan Jumaat dan sembayang fardhu harian dengan dalil-dalil rekaan PAS sebagaimana isu doa dalam khutbah Jumaat oleh adik pemimpin PAS, Idris Ahmad itu? Saya menantikan apa lagi kesesatan yang akan dibuat oleh PAS. Malahan tak boleh disalahkan Datuk Seri Shafie Apdal mengecam PAS sebagai Parti Ajaran Sesat kerana suka keluar fatwa sesuka hati meskipun yang patutnya keluar fatwa itu oleh pihak kerajaan yang memerintah saja melalui Majlis Fatwa Kebangsaan. Nik Aziz dalam hal ini rileks saja, mungkin nak lantik mana-mana pimpinan DAP jadi mufti di Kelantan kot? Nanti mufti DAP boleh beri fatwa pula minum arak sikit tak mabuk tak apa, yang salanya mabuk supaya budak-budak muda yang suka minum arak akan mengundi PAS dan Pakatan Rakyat. Di dunia ini tipulah orang lain puas-puas wahai PAS, nantilah balasan di akhirat kelak kerana kamu semua kalau ceramah bukan main sedap guna ayat Al-Quran dan hadis sebagai dalil untuk mengecam dan memaki hamun pimpinan UMNO, tapi lihatlah diri kamu semua lebih teruk dari orang yang kamu kecam dan maki itu. Sekian,terima kasih.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive