Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Ogos 31, 2010

Untung atas angin jual 1,000 tapak bazar Ramadan



2010/08/30

KUALA LUMPUR: Bukan 10, malah lebih 1,000 tapak bazar Ramadan di sekitar ibu kota didakwa dijadikan sumber pendapatan bagi individu tertentu yang dipercayai mampu memperoleh keuntungan hingga RM15,000 bagi satu tapak.

Malah, perkara itu didakwa turut didalangi ahli majlis tertinggi sebuah pertubuhan yang kononnya menjaga kebajikan peniaga dan penjaja di sini, selain turut menggunakan pengaruhnya dalam pertubuhan terbabit bagi meraih kepercayaan beberapa tokoh politik terkemuka.

Perkara itu didedahkan Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia dalam sidang media di sini, semalam.


Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Norashikin Abd Ghani, berkata pihaknya sebelum ini sudah mengadakan pertemuan bersama beberapa orang kanan pertubuhan atau badan bukan kerajaan (NGO) lain berhubung isu itu.


“Kegiatan seumpama ini dipercayai berlarutan sejak beberapa tahun kebelakangan ini, namun seakan dipandang sepi pihak tertentu.


“Malah, kami (Pekida) difahamkan lelaki yang didakwa memiliki pengaruh yang cukup besar itu juga menggunakan pelbagai cara bagi mendapatkan tapak bazar Ramadan dalam kuantiti besar,” katanya.


Beliau berkata, beberapa penjaja kecil mengadu gagal mendapatkan ruang bagi menjalankan perniagaan di bazar Ramadan berikutan harga sewa tapak yang melambung mendadak.

HM

1 ulasan:

  1. aku dengar macam tu jugak. Dia orang bagi indon berniaga sampai lepas raya. Pasal tulah tahun sudah ada gaduh gaduh kat masjid india. Senang betul nak buat duit raya atas angin je..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive