Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 20, 2010

Perompak Terlekat Celah Tingkap

Inilah akibatnya jika nak buat jahat. Allah bayar cash...cuba tengok gambar ni perlahan-lahan.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Ngerii...tulah, sape suruh mencuri..kan best kalau pencuri harta rakyat pun kena balasan macam nih..

LONDON: Seorang penganggur tersepit dan terperangkap di tingkap selama hampir enam jam apabila cubaannya mencuri bertukar menjadi insiden memalukan..

Lelaki terbabit dipercayai mahu meloloskan dirinya melalui tingkap tidak berkunci di sebuah rumah di kawasan Tomlins Grove, di Bow, kira-kira jam 2 pagi.

Bagaimanapun ruang seluas 20 sentimeter kali 20 sentimeter itu tidak cukup untuk membolehkannya masuk. 

Keadaan itu menyebabkan lelaki terbabit tersangkut di pinggangnya dan dia terpaksa menahan kesakitan hampir enam jam sebelum dilihat pemilik rumah berkenaan yang turun untuk bersarapan.

Polis, ambulans dan bomba terpaksa dipanggil untuk mengeluarkan penganggur terbabit kira-kira jam 7.30 pagi.

Dia kemudian ditarik keluar dari lubang sempit itu oleh 10 anggota bomba yang datang bersama dua jentera.

Mereka turut menggunakan tangga bagi menyokong kaki pencuri terbabit yang tergantung di tingkap sementara bingkai besi di situ dipotong dengan gergaji.

Keadaan aneh tetapi melucukan itu turut menarik perhatian seluruh kejiranan Tomlins Grove.

Seorang penduduk berkata, selepas mendapat tahu keadaan sebenar, dia ketawa terbahak-bahak melihat keadaan pencuri terbabit.

"Tentu lelaki itu kini sedar betapa bodohnya dia.

"Ramai daripada jiran mahu dia dibiarkan saja di situ," katanya.

Menurut lelaki itu, ada seorang doktor bedah yang menawarkan kepakarannya ‘mengeluarkan pencuri terbabit tanpa merosakkan tingkap rumah’ berkenaan.

"Bagaimanapun, polis dan bomba menolak secara baik dan mahu kes itu dikendalikan pihak berkuasa tanpa mencederakan sesiapa," katanya.

Selepas 30 minit barulah pencuri terbabit berjaya dikeluarkan dari tingkap berkenaan, tetapi dalam keadaan tidak berbaju.

Dia kemudian digari dan dibawa ke sebuah ambulans untuk pemeriksaan.

Selepas didapati tidak mengalami sebarang kecederaan serius, lelaki yang digambarkan sebagai ‘putih dan kurus’ itu dibawa menaiki van polis.

Jurucakap polis berkata, mereka menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.30 pagi dan pengadu menyatakan ada seorang lelaki terperangkap di tingkap.

"Pengadu berkata, separuh badan lelaki itu berada di luar dan separuh lagi dalam rumah," katanya.

Jurucakap itu berkata, suspek dikeluarkan tanpa sebarang kecederaan selepas bingkai tingkap berkenaan dialihkan.

Scotland Yard pula berkata, seorang penganggur, Paul Joseph Keenan, 36, dari Jalan Rounton, Bow, didakwa di mahkamah kerana mencuri. Dia akan dibicarakan di Mahkamah Majistret Thames, hari ini. - Agensi

tunhisyamuddin

1 ulasan:

  1. kalau aku jadi orang kat situ,aku londeh seluar dia n sula juboq dia..keja malas,mencuri rajin..tak bole pakai ini olang..

    Entri Cilanat!!!
    Cilanat!!!Ayam

    Dah Pandai Demand Harga...

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive