Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 27, 2010

Chelsea berkampung seminggu di Malaysia tahun depan



2010/08/27

SAINGAN Liga Perdana Inggeris (EPL) belum panas tapi juara berganda Chelsea sudah mengatur persiapan pra musim mereka tahun depan dengan memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan siri Jelajah Asia 2011.

Kem latihan seminggu skuad kendalian pengurus Carlo Ancelotti Julai tahun depan itu pastinya mengubat kembali kerinduan peminat the Blues yang mengadakan perlawanan menentang pasukan kebangsaan di Stadium Nasional Bukit Jalil selepas kali terakhir bertandang ke negara ini pada 2008.

Ketua Eksekutif Chelsea, Ron Gourlay berkata, Malaysia menjadi pilihan utama kerana mempunyai kemudahan terbaik dan dianggap pangkalan penyokong terkuat mereka di rantau ini.


“Tahun lalu kami mengadakan latihan persediaan di Seattle Amerika Syarikat dan kali ini Chelsea memilih Malaysia kerana mempunyai kemudahan kelas pertama. Tidak dapat dinafikan, Chelsea juga mempunyai penyokong ramai di Malaysia. Ketika kami mengadakan perlawanan dengan pasukan Malaysia pada 2008, seramai 60,000 penonton menyaksikan perlawanan di Stadium Shah Alam.


“Biasanya kami mengumumkan program pra musim kira-kira empat hingga lima bulan sebelum kem berlangsung tapi kali ini kami mahu membuat persiapan lebih awal kerana bukan sekadar mengadakan latihan semata-mata sebaliknya mengadakan pelbagai program komuniti antaranya klinik bola sepak yang akan dikendalikan pemain bintang Chelsea.


“Ini antara sumbangan kami dalam mengembangkan lagi sukan bola sepak khususnya di negara ini,” katanya dalam sidang media Jelajah Asia Chelsea 2011 yang turut dihadiri Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah.


Sementara itu Abdullah berharap, kesudian juara EPL dan Piala FA musim lalu itu ke Malaysia sebelum meneruskan siri Jelajah Asia 2011 ke Bangkok dapat menjalin kerjasama erat antara kedua-dua pihak dalam perkongsian kepakaran dalam sukan itu.


“Ini kali ketiga dalam tempoh lapan tahun Chelsea datang ke Malaysia dan mereka memang dikenali. Malaysia umpama ‘rumah sendiri’ bagi Chelsea dan saya harap kita juga mendapat tempat di Chelsea khususnya pemain-pemain muda negara.


“Dua tahun lalu FAM menghantar dua pemain, Bunyamin Omar dan Baddrol Bakhtiar menjalani latihan beberapa bulan dan saya harap kerjasama akan dapat ditingkatkan selepas ini.” Kali pertama Chelsea berkunjung ke Malaysia pada 2003 dengan menyertai Piala Liga Perdana yang turut disertai Birmingham City dan Newcastle United. Pada kejohanan itu Chelsea mencatat kemenangan 4-1 ke atas skuad kebangsaan manakala dalam pertemuan kedua pada 2008, Chelsea menang 2-0 menerusi jaringan Nicolas Anelka dan Ashley Cole.

HM

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive