Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 27, 2010

Nurul: ‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umno-BN berterusan’

Oleh G Manimaran August 26, 2010


KUALA LUMPUR, 26 Ogos — Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menyangkal dakwaan menteri Kabinet bahawa beliau berdosa, sebaliknya menegaskan “lagi berdosa kalau membiarkan kezaliman bermaharajalela.”
“Sememangnya jihad terbesar adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim.

“Justeru, panduan saya hanya al- Quran dan sunah, bukan sesetengah pimpinan yang memilih bulu dalam memperjuangkan prinsip,” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini membalas pendirian Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Jamil Khir berkata mereka yang memburukkan negara sendiri dengan niat menimbulkan kekacauan disanggap berdosa.

“Kita kena sayangkan dan cintakan negara kita dan perlu bersedia dalam mempertahankan negara kerana ia merupakan satu jihad dan sudah pasti ganjarannya untuk orang yang berjihad ini juga besar.

“Maka, kalau besar ganjarannya, besarlah juga kesalahannya apabila seseorang itu memburukkan negaranya sendiri, maruah negara, di tempat orang dengan harapan negara akan jadi huru hara,” katanya.

Jamil Khir diminta mengulas laporan bahawa Nurul Izzah, yang didakwa mengeluarkan

kenyataan yang menjejaskan imej dan maruah negara dalam satu temu bual dengan sebuah akhbar Indonesia baru-baru ini.

Dalam temu bual itu Nurul Izzah didakwa telah menyebarkan maklumat tidak tepat mengenai dasar baru ekonomi serta memperkecilkan keupayaan kapal selam negara ini.

TMI


2 ulasan:

  1. Inilah kesan dari pemimpin yang menjadikan Al-Quran & Hadith sebagai panduan dan pegangan. meraka akan jadi berani dan tegas dalam menegakkan kebenaran dan mempertahankan yang hak. Mereka hanya takut pada Allah Ynag Maha Besar lagi Maha Agung....

    bukan seperti pemimpin2 dan ulama2 penyokong ubn... bacul, dayus dan hanya berkokok mengikut rentak ubn yang sesat lagi menyesatkan... sebab mereka tak takutkan azab Allah... malah mereka cabar Syariat Allah... nak kata mereka tak berilmu... yang lulus Al-Azhar pun ada tapi sayang mereka tidak diberikan Hidayah oleh Allah S.W.T... tidak seperti pakcik miskin di kampung yang berani dan tegas mempertahankan maruah Agama dan kebenaran...

    Syabas dan Tahniah YB Nurul Izzah... Rakyat mendoakan kejayaan kamu dan semoga beristiqamah dalam perjuangan...

    BalasPadam
  2. izzah ckp kapal selam x boleh tenggelam dekat negara lain.

    tapi kapal selam tu boleh tenggelam.

    sejak bila alquran dan sunnah suruh menipu?

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive