Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 13, 2010

Khalid: Saya lebih baik daripada Khir Toyo

Selepas lebih dua tahun merampas teraju pemerintahan Selangor daripada Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim merasakan pentadbirannya di negeri itu jauh lebih baik daripada penyandang sebelumnya.


“Kami (Pakatan Rakyat) jauh lebih baik daripada kerajaan sebelum ini, lebih berdedikasi dan bukan penurut semata-mata jika dibandingkan dengan (pentadbiran Datuk Seri Dr) Khir Toyo,” kata Khalid yang juga ADUN Ijok dan ahli parlimen Bandar Tun Razak.

“Khir Toyo berkhidmat kepada kerajaan pusat dahulu sebelum kepada rakyat. Beliau sendiri ambil banyak masa untuk stabilkan kedudukan sendiri.

“Oleh itu sebahagian keputusannya bertentangan dengan kepentingan negeri.”

Dalam NONEwawancara dengan Malaysiakini Selasa lalu, Khalid bahkan menggambarkan Khir mempunyai kualiti pentadbiran yang teruk sekali sehingga sekiranya berada dalam dalam sektor swasta, beliau tidak mampu pergi jauh.

“Kalau bekerja di (kumpulan) Guthrie, beliau (Khir Toyo) tidak akan sampai tahap pengurus kanan pun,” kata Khalid, bekas ketua pegawai eksekutif konglomerat itu.

Ketawa besar

Khalid mula terkenal apabila mengambil alih Guthrie – semasa itu syarikat perindustrian British – kurang daripada dua jam pada tahun 1981 setelah menyelesaikan "dawn raid" di London Stock Exchange.

NONEMengkritik ketua pembangkang negeri itu lagi, Khalid berkata, masalah lawan politiknya itu bukanlah pada sikap atau wawasannya, tetapi watak kepimpinannya.

“Kepimpinannya bukan seperti contoh yang dia bawa. Saya rasa dia, seperti peribahasa Melayu sebut, sambil menyelam minum air,” katanya yang sudah dua tahun lima bulan menjadi menteri besar Selangor.

Sementara itu, Khalid ketawa besar apabila diajukan soalan sama ada beliau melantik isteri keduanya sebagai pegawai kanan di Perbadanan Menteri Besar Selangor, seperti dakwaan yang tersebar di internet.

Malah, jelasnya, beliau hanya mempunyai seorang isteri sahaja, iaitu Salbiah Tunut.

“Tidak (benar). Mereka (penulis blog) bercakap tentang pembantu peribadi saya. Dia sudah bekerja dengan saya semasa di PNB (Permodalan Nasional Berhad) sejak tahun 1980 lagi,” jelas bapa kepada empat orang anak itu.

Hanya satu isteri

Khalid menjelaskan, beliau membawa masuk pekerja lamanya ke pejabat menteri besar bagi mengatasi kemungkinan berlakunya kebocoran maklumat pentadbiran.

Tambahan lagi, kata beliau, pembantunya itu sudah berkahwin, mempunyai dua anak dan turut mengenali isterinya Salbiah.

NONE“Mereka (yang menuduh ini) bodoh. Apa boleh buat, banyak orang bodoh di negara ini. Isteri saya kenal dia. Dia sudah bekerja dengan saya selama 30 tahun, bukan kelmarin atau hari ini,” kata Khalid.

Beberapa blog anti-Pakatan, antaranya Ruang Bicara Faisal dan The Unspinners melaporkan Khalid mewujudkan jawatan baru, pegawai koordinasi kepada menteri besar, bagi menempatkan isteri mudanya ke jawatan itu.

Mereka juga mendakwa jawatan tersebut tidak wujud semasa pemerintahan BN dahulu.

Bagaimanapun, jawab Khalid: “Ini jawatan lama.”

MK

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive