Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, Jun 07, 2011

Dia dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok


KUALA NERANG: "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia, saya menyesal kerana dijadikan pemuas nafsu hingga melahirkan anak luar nikah di Lombok," kata Zarina Abu Bakar, 30, ibu tunggal yang menderita selepas melarikan diri ke Lombok mengikut teman lelakinya dua tahun lalu.

Kepulangan Zarina di rumahnya kira-kira jam 1 pagi semalam, adalah hasil bantuan dan sumbangan penduduk setempat di Kubur Panjang, Pendang yang bersimpati dengan nasibnya sebelum sepakat mengumpul wang berjumlah RM3,000 untuk membawa balik ibu beranak empat berkenaan.

Ketika ditemui di rumahnya di Kampung Kuala Pai, di sini, semalam, Zarina turut menasihatkan wanita tempatan supaya jangan terpedaya dengan lelaki Lombok kerana kebanyakan mereka hanya berniat untuk memperdaya serta mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita.

"Jangan berkawan dengan lelaki Lombok kerana akhirnya akan menimbulkan masalah. Pada mulanya saya percaya lelaki itu boleh dijadikan tempat bergantung hidup, tetapi rupa-rupanya anggapan itu meleset," katanya.

Menceritakan pengalaman dua tahun tinggal di Lombok, Zarina berkata, dia hidup menderita kerana tidak mempunyai wang untuk membeli makanan, selain terpaksa makan ubi kayu empat kali seminggu kerana kesempitan hidup.

Malah, sepanjang tinggal bersama dengan lelaki itu dan hasil hubungan sulit mereka, dia melahirkan seorang anak perempuan yang kini berusia lima bulan.

Zarina berkata, dia percaya Suhelmi menggunakan pukau atau ilmu hitam kerana dia hanya mengikut saja apa yang diarahkan lelaki itu, termasuk mengikutnya ke Lombok.

Di Lombok, katanya, Suhelmi bekerja sawah dengan pendapatan Rp10,000 sehari (kira-kira RM2.50).

“Dengan pendapatan sebanyak itu memang tidak dapat menampung hidup. Malah bukan saja sering makan ubi kayu, tetapi sambutan Aidilfitri juga tidak dapat diadakan kerana kesempitan hidup," katanya.

Zarina berkata, dia pulang ke tanah air dengan menaiki pesawat dari Lombok ke Batam sebelum menaiki bot pancung hingga ke Sungai Tiram, Johor.

Sementara itu, ibunya, Maryam Kasim, 49, bersyukur dan gembira kerana Zarina selamat kembali ke pangkuan keluarga - BH

btmmari

SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?
GUA MEMERLUKAN RAMAI PENGUNDI HANTU BAGI MEMENANGI PILIHANRAYA INI... KAH!KAH!KAH!KONGSI CERITA INI MELALUI FACEBOOK

2 ulasan:

  1. Tanpa Nama7/6/11 4:13 PTG

    kalau aku kata BANGANG satgi depa marah!! dah sampai lunyai, baru nak kata "Saya tidak akan percaya lagi dengan lelaki Indonesia"

    baru nak menyesai?? bodo! masa hang lari dulu, haram tak ingat mak bapak!! konon-konon kena pukau laa. apa laa.. lancau laa. memang jenis gatai.. dengan indon pun hang berkenan..

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama7/6/11 5:47 PTG

    pembetulan !!

    dengan indon pun hang berkenan..

    **dengan indon pun hang tadah !!!..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive