Oleh : HJ.WAHAB TIMPAI.
SEORANG ahli Jawatankuasa cabang PKR Tenom, Omar Ahmad mendakwa bahawa UMNO/BN gagal menaikkan taraf ekonomi ahli-ahlinya di Kedai Sapong, Tenom.
Justeru itu, Omar yang juga mantan Ketua Cawangan Umno-BN Kedai Sapong mengambil keputusan beralih memberikan sokongan kepada Parti Keadilan untuk mengubah keadaan dalam politik semasa, khususnya Sapong.
Beliau juga meminta masyarakat di Sapong supaya berfikir tentang masa hadapan anak cucu mereka dengan menyertai pembangkang khususnya, PKR.
Menurut Omar, para pemimpin UMNO-BN hanya pandai bercakap dan berlakon untuk memperkayakan diri mereka sendiri sahaja dan membelakang konsep asal perjuangan Umno.
“Saya bukan cakap bohong. Lihatlah begitu ramai Pemimpin Umno di Tenom yang kaya raya dan berlagak memandu memiliki kereta mewah,” kata Omar lagi.
Pada mulanya, kata Omar, Kedai Sapong memang menjadi kubu kuat Umno-BN, tetapi rakyat sedar bahwa pemimpin Umno hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
Omar yakin bahawa PRU 13, Pentadbiran Putrajaya akan berjaya diambil alih oleh Kerajaan Pakatan Rakyat, termasuklah kerajaan negeri Sabah.
Rakyat kini telah merasa bahawa mereka tertipu memberikan sokongan kepada Umno-BN pada pilihan raya umum 12 sehingga menerima hukuman dengan kenaikan harga barang keperluan harian, termasuk minyak dan gula.-sabahkini
SUDAHKAH ANDA MENGUNDI? KALAU BELUM,SILA UNDI BIAQPILA SEKARANG...SEKALI-SEKALA,APA ADA HAL KAN?