Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 11, 2009

Air dari Kuala Nerang ‘sebak’ di Sungai Anak Bukit | Nizar News

Oleh: WADIASSOFI JAAFAR

ALOR SETAR, 10 November: Akibat air yang mengalir dari Sungai Kuala Nerang, paras air di Sungai Anak Bukit di Pantai Johor, di sini berada pada paras 2.48 pada pukul 8 pagi ini dan penduduk di kawasan berkenaan diminta berjaga-jaga kerana paras air sudah meningkat iaitu paras bahaya ialah 2.0.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) negeri Kedah berkata, air di Sungai Kuala Nerang kini berada pada paras 14.31 pada pukul 8 pagi ini dan paras bahaya ialah 17.10.


“Paras air di Sungai Kuala Nerang sudah turun dan air di sungai berkenaan mengalir ke Sungai Anak Bukit di sini sehingga menyebabkan berlakunya banjir akibat paras air yang meningkat,” ujarnya.

Menurutnya, paras air di Sungai Bukit Pinang iaitu 4.19 dan paras bahaya 3.8 telah menyebabkan lima buah kampung di Daerah Kota Setar dinaiki air dan penduduk terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir.

Laporan yang diterima daripada Bilik Gerakan Banjir Daerah Kota Setar mengatakan bahawa seramai 28 keluarga membabitkan 46 orang dari Kampung Seri Pasir, Bukit Pinang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Surau Pondok Kepala Bukit, Bukit Pinang.

“Seramai 22 keluarga membabitkan 74 orang dari Kampung Lapangan Terbang, Bukit Pinang turut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Surau Kampung Lapangan Terbang, Bukit Pinang,” katanya.
Sementara itu, seramai 19 keluarga membabitkan 74 orang dari Lorong Sungai, Bukit Pinang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Kebangsaan Kepala Batas.

Di Kampung Pondok Kepala Bukit, seramai 20 keluarga membabitkan 89 orang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Bukit Pinang manakala di Kampung Lengkuas, seramai sembilan keluarga membabitkan 40 orang turut dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Masjid Kampung Lengkuas.

Banjir juga turut melanda Mukim Anak Bukit sehingga menyebabkan seramai 55 keluarga membabitkan 210 orang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Titi Gajah, Anak Bukit manakala seramai lima keluarga membabitkan 24 orang dari Belakang Dewan Anak Bukit turut berpindah ke pusat pemindahan banjir di Dewan Anak Bukit.

Seramai 72 keluarga membabitkan 282 orang dari Kampung Simpang Empat, Sungai Baru; Kampung Alor Gunung, Kampung Sungai Baru, Jalan Pondok Tanjung Bedil, Kampung Alor Melintang, Kampung Alor Gonchak dan Kampung Gunung Keriang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di Sekolah Kebangsaan Gunung.

wartakedah


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive