Jumaat, November 06, 2009
Bantuan untuk bunuh diri
HAMPIR semua warga tua berusia 75 tahun ke atas yang Nitschke temui mengakui ada bagusnya mereka memiliki sebotol Nembutal sebagai satu polisi insurans jika keadaan kesihatan bertambah buruk.
BIASANYA penyakit yang membawa maut akan menjadi satu isu. Kini, ketika populasi penduduk dunia semakin panjang hayat mereka, kebanyakan kerajaan di dunia mula berkonfrantasi dengan idea tabu bahawa kematian adalah sesuatu yang boleh dilakukan secara pilihan sukarela.
"Walaupun permintaan terhadap opsyen ini belum menjadi satu amalan, namun ia telah berkembang pesat," kata Dr. Philip Nitschke, 61, pengasas dan pengarah kumpulan proeuthanasia (mati secara sukarela akibat tua atau penyakit tanpa berasa sakit), Exit International.
Doktor Australia yang mendapat gelaran Dr. Kematian kerana tugasnya berkaitan 'membunuh diri' secara sukarela itu telah menjelajah ke seluruh dunia. Dia mengajar orang ramai bagaimana menamatkan riwayat dengan selamat dengan menggunakan kit ujian ubat-ubatan membunuh diri.
"Sangat sedikit yang memilih jalan ini. Tetapi hampir semua warga tua berusia 75 tahun ke atas yang saya temui mengakui ada bagusnya memiliki sebotol Nembutal sebagai satu polisi insurans jika keadaan kesihatan bertambah buruk," kata Nitschke kepada AFP, sambil merujuk kepada ubat yang digunakan sebagai sedatif.
Pandangan Nitschke sedikit ekstrem. Tetapi jumlah warga tua yang meningkat dengan pantas di Amerika Syarikat (AS), Australia, Jepun, Jerman dan Britain membuatkan opsyen untuk mati secara sukarela itu boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara.
Undang-undang
Dihujani dengan nilai etika, kemungkinan ahli keluarga atau pertubuhan-pertubuhan akan menggalakkan golongan tua atau mereka yang sakit tenat untuk 'diambil nyawanya', isu itu kini termasuk dalam agenda politik di Britain.
Saranan untuk penggubalan dan keputusan perundangan pada Julai lalu menuntut janji kerajaan agar menjelaskan undang-undang berkaitan. Draf garis panduan perlu disiapkan pada bulan ini dengan versi terakhirnya menjelang musim bunga depan.
Namun, bekas presiden Persekutuan Dunia Mengenai Hak untuk Mati, Derek Humphry memberitahu, perubahan signifikan di Britain mungkin tidak akan berlaku hanya selepas pilihan raya umum pada tahun 2010.
Di Britain, hampir 20 peratus populasinya berusia lebih 65 tahun. Pejabat Statistik Kebangsaan meramalkan populasi itu akan tumbuh sehingga 50 peratus menjelang 2020.
Proses membunuh diri yang dibantu dihalalkan di Switzerland. Doktor memberikan dos yang boleh dipilih oleh pesakit untuk diminum. Ia turut dihalalkan di Washington dan Oregon di AS serta Luxembourg di Belanda. Sedangkan di Britain, membantu seseorang untuk membunuh diri merupakan jenayah yang membawa hukuman maksimum penjara 14 tahun.
Di sebalik ancaman pendakwaan, kumpulan pelobi Dignity in Dying menyatakan wujud trend bahawa masyarakat Britain membuat pilihan untuk membunuh diri dengan dibantu oleh orang lain. Sehingga kini, dianggarkan seramai 117 orang telah ke luar negara untuk tujuan tersebut dan 30 yang lain sedang bersiap sedia.
Angelika Elliot, 61, memberitahu suaminya tidak lagi boleh menunggu. Apabila Dr. John Elliott, 79, didiagnosis dengan kanser tulang dan tidak sanggup menanggung sakit setiap hari, pilihan itu cukup menarik perhatiannya.
"Apabila insan yang anda sayangi menderita, anda mesti membantu tidak kira apa cara sekali pun," kata Angelika. Pereka dari Austria itu menemani suaminya dari Australia untuk mengakhiri riwayatnya menerusi pertubuhan Dignitas di Switzerland. Dia percaya bahawa kerajaan di peringkat global harus menghalalkan bunuh diri dengan cara itu.
Pada tahun 1996, wilayah utara pedalaman Australia memperkenalkan undang-undang euthanasia yang pertama di dunia. Empat orang menggunakan undang-undang tersebut untuk mati menerusi suntikan yang dikendali menggunakan komputer. Pada tahun berikutnya, kerajaan Australia menggubal undang-undang tersebut.
Menteri Kesihatan Sepanyol, Trinidad Jimenez, dalam akhbar El Pais memberitahu bahawa tidak ada rancangan untuk menghalalkan euthanasia di negara itu.
Namun, kerajaan mungkin akan mencadangkan undang-undang yang membenarkan sistem sokongan hidup dimatikan sekiranya seseorang itu menyatakan dia tidak mahu berada dalam keadaan menderita untuk satu tempoh yang lama.
Masyarakat awam Britain menggesa kerajaan untuk menilai pendekatan memandang sebelah mata terhadap mereka yang melakukan euthanasia di luar negara. Mereka meminta kerajaan mendakwa sesiapa sahaja yang cuba melakukan perkara itu di Britain.
Isu tersebut timbul pada Julai lalu apabila penderita sklerosis berbilang, Debbie Purdy memohon mahkamah untuk menjelaskan adakah kerajaan akan mendakwa suaminya, Omar kerana membantunya membunuh diri.
Isu tersebut mempengaruhi dunia perubatan Britain. Royal College of Nursing (RCN) yang mewakili hampir 70 peratus jururawat memilih sikap untuk berkecuali berbanding dengan sikap menentang sebelum ini. Persatuan Perubatan Britain yang dianggotai oleh 70 peratus doktor pula tetap menentang apa juga jenis bunuh diri.
Pendekatan RCN mungkin boleh mempengaruhi kerajaan untuk bersikap lebih terbuka. Namun pekerja yang bertanggungjawab menjaga pesakit kronik bimbang undang-undang yang lebih liberal akan memberi mesej yang salah kepada golongan kurang upaya.
Pengarah Linacre Centre for Healthcare Ethics di London, Dr. Helen Watt berkata, para penjaga tidak boleh sama sekali diberi kebenaran untuk membantu golongan kurang upaya untuk mengakhiri riwayat mereka.
Di sebalik pro dan kontra isu tersebut, isu sebenarnya ialah dana. Sebanyak 50 peratus daripada kos penjagaan pesakit yang nazak bergantung kepada geran dan sumbangan kebajikan. Jururawat juga mengakui sumbangan semakin sedikit diterima dan ditambah pula dengan Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) yang kini berdepan dengan pemotongan bajet. Jadi, dana yang ada terpaksa digunakan sebaik mungkin.
Harga kematian
Nitschke percaya, permintaan terhadap pilihan bunuh diri itu akan meningkat. Bagi membantu mengurangkan penderitaan golongan tua, ideanya adalah memberikan mereka akses lebih mudah kepada ubatan untuk membunuh diri. Namun katanya, bengkel-bengkel mengenainya telah diharamkan di Kanada dan New Zealand.
"Kit ujian yang terdiri daripada Nembutal ini boleh dicuba. Pada dos yang sesuai, ia boleh menamatkan nyawa dengan aman," kata Nitschke.
Di Britain, Nembutal digunakan oleh doktor haiwan untuk menenangkan haiwan dan penggunaan ke atas manusia sangat dikawal. Di Mexico, Amerika Selatan dan sebahagian negara di Asia Tenggara, Nembutal boleh diperoleh dengan mudah.
Ubat itu berharga AS$35 (RM126) sebotol dalam saiz 100ml. Mereka yang membawanya masuk ke Britain berdepan risiko mengimport barangan haram atau membantu bunuh diri.
"Peningkatan jumlah orang yang mendapatkan khidmat ejen untuk membeli Nembutal membuatkan harganya melambung sehingga AS$100 (RM360) sebotol," jelas Nitschke yang menjual kitnya pada harga AS$50 (RM180) sebotol.
Warga Britain yang merupakan ahli Dignitas iaitu sebuah organisasi dari Switzerland yang membantu mereka yang nazak untuk mati boleh membayar sejumlah 6,000 Swiss francs atau AS$5,800 (RM20,880) untuk perkhidmatan euthanasia. - AFP
kosmo
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2009
(3025)
-
▼
November
(242)
- Exco nafi arak dijual secara terbuka di Kedah- Lim...
- Ku Li : Bakal Realisasikan idea 16 Sept..
- Suami isteri maut,polis cedera parah
- Nasib baik Selangor Dah Haramkan
- Pemuda BN demo, bakar foto Guan Eng
- Kenyataan Media Zuraidah MP Ampang
- Najib musykil doa bala Nik Aziz
- BTN tiada manfaat, hanya dakyah pesong semata-mata
- Nik Aziz Pertahan Isu Doanya, Tidak Salah Daripada...
- Pemimpin Umno-BN Pamer Sikap Kebudakkan Selangor H...
- MB nafi k'jaan negeri tahu dokumen dibocorkan
- Wujud konspirasi jatuhkan Nik Aziz
- Wanita mualaf dirogol
- Skuad Kenari musim 2007-2008 dapat tanah
- Perhatian untuk nama bermula dengan huruf M
- Kerana kroni, tiga projek di Port Dickson terbengk...
- Rakyat Kedah rasai sendiri perubahan PAS berbandin...
- Bukan Islam amat percaya Nik Aziz
- Muhyiddin amal politik primitif: Mahfuz
- Adakah Noordin Mohd Top masih hidup?
- Pengganti Tuan Guru: Hentikan berbalas kenyataan d...
- Aidiladha Tanda Pengorbanan Kepada Agama, Diri Dan...
- Borang 2 Tidak Dihapus,Pas Tetap Gesa Undi Pos DiM...
- BNM siasat pemindahan RM10 juta oleh MB NS
- Biro Tata Negara Hanyalah Propaganda Busuk BN
- Bukti media arus perdana diperguna Umno-Barisan
- Apakah itu ‘Ibadat Korban - Haji’.
- Selamat Hari Raya Aidiladha
- Jangan Sokong EGM Sabtu Ini - Wong Foon Meng
- Seputih mana YB Kota Seputeh?
- Minyak RON95 rosakkan enjin?
- Pemimpin parti politik wang tiada upaya selesai kr...
- Najib 'dikaitkan' dengan kehilangan Bala - Peguam
- NSTP Diperintah Bayar RM100,000 Kepada DSAI
- Bubar SPRM Dan Wujudkan Organisasi Anti Rasuah Bar...
- Anak cekup ibu khalwat
- Pakatan tidak harus syok sendiri
- Pendedahan yang ditakuti BN
- Adik gua kena beli serbuk kari
- Kes Akhil Hayy Dengan JAIS Dah Tiga Tahun Tak Selesai
- NST: Tolong Takutkan Tuhan
- Apakah kesudahan Kota Siputeh?
- Lelaki rakam gadis mandi kena cekup bapa
- Dr Asri persoal pegawai JAIS 'kutuk' Hadi, Nik Aziz
- Wakil Rakyat Pakatan Rakyat Sokong Keputusan Mahka...
- Apa itu ALZA
- Saiful Nafi Ditawar RM5 Juta
- Sidang DUN Kedah kecoh
- Permohonan Penolakan Pertuduhan Kes Liwat II Ketua...
- PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??
- SPR gagal halang Pilihanraya Kota Siputeh
- Jangan takbur di Tanah Suci
- Nik Aziz Membuatkan Umno Gelabah
- Macamana SPRM nak jadi macam FBI
- Dilema politik Kedah
- Husam: Saya tak akan tinggalkan PAS di tengah jalan
- Mayat Tanpa Kepala Ditemui Terdampar Di Pantai Mer...
- ADUN Sungai Puyu nafi kosongkan kerusi, tinggal DAP
- Bedah Siasat Teoh Beng Hock Selesai
- PAS sukar di Kota Siputeh
- UMNO DAN SERIGALA
- Nasib 427 ekoq lembu korban BN lebih baik
- Lawak Ahad: Kelate vs N.Sembilan
- Sidang DUN N.Sembilan kecoh
- Dua saudara jumpa ikan berkepala buaya
- Bedah Siasat Rungkai Misteri Kematian Teoh Beng Ho...
- Nik Aziz antara 50 tokoh Islam berpengaruh di dunia
- Santokh Singh Kini Koma Di HKL | Nizar News
- Muhyidin dan 9 yang lain disaman RM105 juta | Niza...
- Siapa dapat apa dalam urusniaga pembelian kapal se...
- Kubur Teoh Beng Hock Digali Hari Ini
- Lagi Ahli Umno DiTahan Kerana Rasuah | Nizar News
- Siswa disiasat kes kepala babi di surau | Nizar News
- Mangsa doktor potong | Nizar News
- Skandal PKFZ: Cadangan KSU Sidek hanya untuk 'beli...
- Wajib Baca : Perbezaan PAS dan UMNO | Nizar News
- Penduduk Degil Enggan Pindah | Nizar News
- Mengenali ibadah korban | Nizar News
- Anwar Beri Jaminan Urusan Ambil Alih Hutang Talam ...
- SPR bertindak di luar bidang kuasa - Hanipa Maidin...
- SPR dicadang diletak bawah parlimen | Nizar News
- Bahaya guna telefon bimbit tanpa pengesahan | Niza...
- Nazri Aziz jumpa Nik Aziz | Nizar News
- Tukar Suka Sama Suka | Nizar News
- Cuci motor dan cuci mata | Nizar News
- MB Selangor Dedah Laporan Kejadian Tanah Runtuh Bu...
- Bala: Kerajaan Tahu Saya Di mana | Nizar News
- Polis disyaki cuba pecah rumah diberkas | Nizar News
- Tanah runtuh di Cheras KL | Nizar News
- Rumah Peguam Sasaran Serangan Bom | Nizar News
- Karpal sahut cabaran dakwa Lingam jika A-G benarka...
- Indeks rasuah merudum: Ahmad Said didesak letak ja...
- Rasul dalam facebook pulak dah | Nizar News
- Makcik peragut | Nizar News
- Pemuda UMNO Salah Teropong | Nizar News
- Kalau Betul Saya Pun Hendak Saham Itu | Nizar News
- Pakatan cabar BN biarkan Dun Kota Seputeh kosong |...
- Usah sembunyi kes suami perkosa anak | Nizar News
- Diatas Kecuaian BN, PKNS Kerugian RM48 juta Dan Ba...
- TIM Puji Kepimpinan Khalid | Nizar News
-
▼
November
(242)