Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 10, 2009

Bayi hilang lima hari ditemui di bawah katil penjaganya | Nizar News


Foto yang disediakan oleh pejabat Washington County Sheriff menunjukkan Shannon Dedrick. -Foto AP

SELEPAS kisah budak "hilang" diterbangkan belon panas yang kemudiannya didapati palsu semata-mata baru-baru ini, sejarah seakan-akan berulang apabila kisah yang hampir sama berlaku.

Kali ini seorang bayi perempuan yang dilaporkan hilang selama lima hari itu rupa-rupanya didapati "disembunyikan" di bawah katil penjaga budak itu.

Pihak berkuasa bercadang untuk mendakwa penjaga budak itu dan suaminya serta ibu bayi itu sendiri.

Menurut pegawai polis dari wilayah Washington, Bobby Haddock, pihak berkuasa akan mendakwa Baker, James Arthur Baker and Chrystina Lynn Mercer.

Katanya, para penyiasat menemui bayi Shannon Dedrick yang berusia tujuh bulan berada dalam sebuah kotak di rumah Susan Elizabeth Baker berdekatan Chipley, luar bandar Panhandle.

Pada Sabtu lalu, pihak berkuasa melancarkan operasi mencari dan menyelamat seorang bayi perempuan yang dilaporkan hilang di beberapa wilayah di Florida.

Bayi tersebut bernama Shannon Lea Dedrick dari Chipley, Florida dilaporkan hilang pada 11:23 pagi pada Sabtu.

Ibu bapa memberitahu pihak berkuasa bahawa bayi mereka berada sebilik dengan mereka.

Mereka juga mendakwa Shannon mungkin diculik antara 3 pagi dan 11 pagi pada hari kejadian itu.

Sekurang-kurangnya dua jiran mendakwa mereka melihat sebuah van kelabu diletakkan berhampiran dengan kediaman bayi itu.

Pihak berkuasa ketika itu cuba mengesan "suspek" tersebut. Bagaimanapun, lima hari kemudian, mereka sedar semua ini hanya rekaan semata-mata.

mstar


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive