Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, November 03, 2009

DAP Gesa Mansuh Caj Kad Kredit | Nizar News



Pakatan Rakyat menggesa kerajaan Pusat membatalkan cukai perkhidmatan ke atas penggunaan kad kredit.

Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng berkata pemerintah perlu akur bahawa pendapatan sebahagian besar rakyat Malaysia tidak selaras dengan kos kehidupan yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar.

Lantas, DAP kesal kerajaan tetap berdegil mahu mengenakan cukai perkhidmatan kad kredit RM50 bagi menampung Perbendaharaan Negara yang menyusut akibat pembaziran dan perbelanjaan boros.

" Di sini saya nak tegaskan bahawa, DAP mencadangkan bahawa cukap perkhidmatan RM50 dalam belanjawan 2010 hendaklah dimansuhkan kerana ini membebankan golongan miskin pada masa ini".

"Dengan keadaan ekonomi yang lembab, pendapatan berkurangan tetapi kos perbelanjaan semakin mengalami peningkatan.Jadi untuk membolehkan orang ramai untuk menghadapi tekanan ekonomi, mereka menggunakan kad kredit ini untuk memusing modal mereka", ujar beliau ketika ditemui dalam sidang media di parlimen pagi tadi.

Guan Eng menganggarkan hasil kutipan cukai baru ini mencecah RM550 juta. Sekiranya pemerintah lebih teliti, kerajaan sebenarnya tidak perlu mengenakakan cukai ini kerana hasil pendapatan dari cukai-cukai lain mencecah RM6.3 bilion ringgit.

Dalam suasana ekonomi gawat, kerajaan perlu akur bahawa pengguna melihat kad kredit sebagai cara untuk meningkatkan kemampuan membeli.

Sekiranya kerajaan benar-benar prihatin, kerajaan perlu memberdayakan kuasa membeli rakyat.

Perkara ini ujarnya perlu diambil perhatian oleh kerajaan dalam usaha untuk membanteras kegiatan ah long yang bermaharajalela di negara ini.

" Walaupun kerajaan mahu membantu rakyat yang miskin dan dalam usaha kerajaan mahu menghalang ah long terus bergiat dengan

tvs


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com

2 ulasan:

  1. emm..ak kurang setuju la..
    credit card tu bukan salunye org kaye ke yg pakai.(btul ke ni..aku xde kad kredit & ak xmampu nk amek kredit card, takut xbley bayo)
    klu cukai pendapatan , tol & cukai2 lain tu ak setuju la mansuh. sbb org2 biasa pun guna tol gak.

    kegiatan ah long tu yg aku salu baca bukan sbb kredit card tp org nk wat loan pinjaman bank, tpi xlulus...so cara plg mudah pinjam ah long jela..pastu xley nk bayo balik kene le kejo.macam ade satu brite ritu kuar suri rumah ni kene kejo sbb xley bayo bunge ah long tu

    pendapat je..klu salah tlg tunjukkan yg betul..

    BalasPadam
  2. pada pndpt saya, memang tak patut kerajaan kenakan caj pada pengguna kad kredit. Bukan semua yg layak memohon tu org2 kaya. Pasal tak kaya la kitorang terpaksa berhutang secara profesional... tapi ini untuk membantu peniaga2 dan bank jugak. Harap pihak kerajaan tidak mengambil kesempatan atas kesusahan kami ini dengan mengenakan caj lagi. Dah banyak caj dlm bil tu yg kami kena bayar, tolong jangan tambah lagi.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive