Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Isnin, November 02, 2009

Nizar pimpin Pakatan Rakyat? | Nizar News




KUALA LUMPUR, 1 Nov: Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berpotensi untuk memimpin Pakatan Rakyat pada masa depan berdasarkan peranannya menjadi penyatu dan mampu mendekati pelbagai kaum di Perak.

Pandangan ini dikemukakan pensyarah politik dari Universiti Malaya, Amer Saifude Ghazali dalam satu wawancara Harakahdaily dengannya baru-baru ini.

Mengulas kes yang dihadapi Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pergolakan yang melanda Parti Keadilan Rakyat yang memiliki jumlah kerusi terbanyak dalam kalangan parti-parti Pakatan Rakyat, beliau berpendapat PR perlu bersedia menerima pemimpin lain untuk memimpin pakatan itu.

"Pakatan Rakyat perlu ada pemimpin pelapis yang boleh diterima semua kaum dan parti," kata akademik yang terlibat mengkaji setiap pilihan raya kecil selepas Pilihan Raya Umum ke-12 lalu itu.

Banyak pihak mula bersedia menghadapi kemungkinan PR memerlukan seorang pemimpin baharu sekiranya Anwar disabitkan bersalah dalam kes mahkamah yang sedang dihadapi.

Perkembangan melibatkan penarikan diri Datuk Zaid Ibrahim - yang disebut-sebut sebagai bakal menjadi salah seorang penggerak utama PR sekiranya berjaya didaftarkan secara rasmi - daripada aktiviti PKR juga telah membawa tumpuan ramai kepada masa depan pakatan itu yang dilihat ketandusan pemimpin masa depan.

"Kebolehan beliau berkomunikasi dengan baik dengan kaum Cina terutamanya menjadikan Nizar individu yang boleh berperanan sebagai penyatu dalam Pakatan Rakyat," kata Amer mengulas kelebihan yang dimiliki Nizar.

Nizar dipilih sebagai menteri besar oleh PR berdasarkan undang-undang negeri walaupun PAS memiliki jumlah kerusi paling kecil di Perak, sebanyak hanya enam kerusi berbanding 18 diperolehi DAP dan tujuh dimenangi PKR dalam pilihan raya umum pada Mac 2008.

Nizar dan kerajaan PR Perak dijatuhkan oleh Barisan Nasional ekoran tindakan tiga Adun PR yang keluar parti dan mengalihkan sokongan kepada BN.

Dalam pilihan raya Parlimen Bukit Gantang yang diadakan April lalu, Nizar memenangi kerusi parlimen itu dengan majoriti 2,789 undi menewaskan calon BN, Ismail Saffian.

Pilihan raya kecil itu dilihat sebagai referendum rakyat Perak terhadap siapa yang sepatutnya memimpin negeri itu selepas BN mengambil alih kerajaan negeri pada Februari lalu.

Pakatan Rakyat Selangor

Mengulas krisis PR di negeri Selangor, beliau berpendapat tindakan exco kerajaan negeri Datuk Dr Hassan Ali bersuara mengkritik tindakan jawatankuasa pilihan khas mengenai keupayaan, kebertanggungjawaban dan ketelusan Dewan Undangan Negeri Selangor terhadap penjawat awam yang didakwa dimalukan ada kewajarannya, walaupun cara pesuruhjaya PAS Selangor itu mengutarakan kritikan itu dipersoalkan.

"Apabila penjawat awam terguris akibat tindakan kerajaan, kerajaan itu boleh terjejas," kata Amer sambil menegaskan bilangan pekerja kerajaan yang ramai mampu memberi kesan dalam pilihan raya.

Tindakan Selcat terhadap beberapa penjawat awam dalam siasatannya disamakan oleh sesetengah pihak dengan tindakan bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Khir Toyo yang menyampaikan penyapu sebagai tindakan simbolik mengkritik kelemahan perkhidmatan pihak terbabit.

Tindakan itu dilihat sebagai salah satu pencetus kepada penolakan sejumlah besar penjawat awam terhadap pentadbiran Khir di Selangor.

Menurut pensyarah politik itu lagi, kerajaan perlu menjaga hati penjawat awam kerana kerjasama mereka sangat diperlukan dalam pentadbiran negeri.

harakahdaily


Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive