Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 11, 2009

Potong Stim | Nizar News



Maksud tersirat dalam iklan P1 W1max 'potong' tu sebenarnya ialah menyuruh orang memotong/menamat talian internet(pakai wayar) yang mereka gunakan sekarang dan beralih kepada P1 wimax yang tidak menggunakan wayar.Maksudnya bukan tersirat sangat pun kerana jelas pada gambar yang ditunjukkan dalam iklan tersebut.Jadi tak payahlah dok pikiaq yang lucah-lucah.

Itu kreativiti orang yang bikin iklan.Tujuannya nak menarik minat penonton terhadap sesuatu iklan.Biaq ada yang tersirat.Kalau buat iklan yang straight forward cepatla orang bosan.Jadi macam iklan terbitan Filem Negara Malaysia pulak.Filem Negara pun dah canggih la ni.

Pelik juga aku bila seorang ahli parlimen yang tak dapat paham maksud iklan tersebut.Tak taulah kalau-kalau memang otak blue punya kaki.

Kalau nak dikira lucah,banyak lagi siaran kat dalam tv di Malaysia ni yang terang-terang berunsur lucah terdedah sana-sini.Kenapa yang ini tak dijadikan isu di Parlimen?


Aiskrim potong lagi la lucah kalau nak difikirkan secara otak blue...

Kalau perkataan potong tak boleh nak pakai sebab lucah,macamana pula dengan perkataan kereta potong,potong kereta,potong pokok,potong rumput,potong gaji dan berbagai lagi yang membabitkan potong? Potong stim betul la!


Iklan 'potong' jadi isu di Parlimen

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) sedang mengkaji penyiaran iklan P1 Wimax broadband yang menimbulkan kontroversi apabila menggunakan perkataan 'potong' secara berulang-kali dalam iklan itu.

Timbalan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Senator Heng Saei Kie berkata kandungan iklan itu sedang dalam pertimbangan forum kandungan SKMM untuk menentukan sama ada ia bercanggah dengan kod kandungan yang sepatutnya.

"Bagaimanapun untuk makluman semua, iklan sebelum boleh disiarkan mesti mendapat kelulusan Lembaga Penapisan Filem bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan bukannya kementerian ini," katanya ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2010 di peringkat dasar bagi kementerian berkenaan di Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) mencelah penggulungan Heng bagi meminta kementerian menghentikan penyiaran iklan itu yang dikatakan boleh disalah tafsir.

"Bila kita kata potong ini... lucah sangat la... kita faham (tukar penggunaan talian internet kepada jalur lebar) tapi bagi sesetengah orang, potong itu maknanya potong itulah (merujuk kepada amalan bersunat).

"Saya ingat kalau boleh minta menteri iklan itu dipotonglah," katanya.

Bagaimanapun hasrat Mohamad untuk berhujah mengenai pengwujudan Tabung Kebajikan Penggiat Seni ditegur Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meminta beliau meringkaskannya.

"Yang Berhormat, sila ringkaskan, saya tidak mahu menggunakan perkataan 'potong' pada Yang Berhormat," katanya, berseloroh.

Mendengar teguran itu, Mohamad segera menghentikan hujahnya dengan berkata: "Jadi begitu saya tidak kena potonglah," yang mengundang ketawa anggota dewan. BERNAMA



Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive