Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, November 11, 2009

Saya cabar bukan kerana jawatan :Zulkifli | Nizar News



Oleh:RISWANDI RAZAK


KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu Zulkifli Noordin menafikan dakwaan bahawa tindkan beliau mencabar Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) R.Sivarasa adalah untuk mendapatkan jawatan dalam parti.

Beliau berkata, tindakan beliau mencabar Sivarasa meletak jawatan hanyalah untuk menyelesaikan isu tersebut sahaja dan parti telah menerima pandangan beliau dengan baik.

Menurutnya, PKR mempunyai cara tersendiri dalam mnyelesaikan masalah dalaman parti dan ahli parti diberi kebebasan untuk bersuara serta memberi kritikan kepada pemimpin tanpa sekatan.

"Inilah keindahan PR iaitu masing-masing boleh bersuara dan pada akhirnya kita kembali bersatu, tidak ada masalah kerana kita ada musuh utama iaitu Barisan Nasional.

"Saya cabar bukan kerana saya nak jawatan Naib Presiden itu, tetapi saya nak selesaikan isu ini dan saya pun bukannya marah kepada Sivarasa beri pandangan sahaja," katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, hari ini.

Zulkifli berkata, diantara beliau dengan Sivarasa tidak ada sebarang permusuhan dan beliau menganggap kenyataan Sivarasa sebelum ini hanyalah bersifat salah tafsir sahaja dan bukan berniat untuk mengkritik beliau.

Ketika ditanya adakah kebebasan bersuara yang diamalkan oleh PKR ini akan memberi imej yang tidak baik kepada rakyat, beliau berkata, "Itulah sebabnya kita perlu memberi pendidikan kepada rakyat bagaimana untuk memahami cara politik baru, seperti yang kita
amalkan," katanya.

Ketika ditanya adakah pendekatan yang dilakukan oleh beliau dalam pelbagai isu termasuk isu bai'ah dalam pas dilihat sebagai keras dan terbuka, Zulkifli mengakui bahawa beliau sememangnya bersikap sedemikan dalam sesetengah isu.

"Sebab itu kenyataan saya jelas sejak awal lagi, dalam isu bai'ah, saya mengutamakan Islam dalam perjuangan saya, sekiranya ada isu yang bertentangan dengan hukum, saya akan bersuara," katanya.

Sebelum ini, Zulkifli telah mencabar Sivarasa meletak jawatan Naib Presiden parti dalam masa 24 jam dan bertanding dengannya "satu lawan satu".

Cabaran itu berikutan kenyataan Sivarasa kelmarin dalam sebuah portal web bahawa amaran Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada ahli PKR supaya keluar dari parti dan menyertai UMNO ditujukan kepada orang yang tindak tanduk tidak selaras dengan dasar parti, seperti Zulkifli.

sinarharian


Saksikan Lelaki Kuat Pacak Langit
Beri sekali dapat banyak kali...
MAHUKAN PENDAPATAN RM2000-RM3000 SEMINGGU?
SEMUA KAMI LELONG!!!
Kelab BlackV6
Iklan di Biaqpila cuma RM30 sebulan (Iklan Banner+Teks) >> email ke biaqpila(at)gmail.com
KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive