Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Jumaat, Ogos 06, 2010

Anwar minta Selangor hapus amalan surat sokongan kurnia kontrak



Oleh Shazwan Mustafa Kamal August 05, 2010

KUALA LUMPUR, 5 Ogos — Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan kerajaan Selangor diterajui Pakatan Rakyat (PR) supaya mengetepikan semua bentuk surat sokongan dan perakuan daripada ahli-ahli politik, yang dikeluarkan untuk mendapatkan kontrak.
Ketua Umum PR itu berkata, pemerolehan kontrak-kontrak kerajaan seharusnya diberi menerusi sistem biasa dan terbuka.

Amalan-amalan semasa di mana Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen mengeluarkan surat sokongan untuk membantu memperoleh kontrak adalah “keterlaluan”, kata Ketua Pembangkang (gambar) ini.

“Kerajaan negeri harus mengetepikan surat-surat sokongan yang melibatkan tender (dengan niat mahu) mendapatkan kontrak,” kata beliau kepada The Malaysian Insider semalam.

Bagaimanapun Anwar yang juga Penasihat PKR memberitahu, surat sokongan masih diperlukan untuk membantu pengundi-pengundi dalam menyelesaikan masalah mereka.

Misalnya kata Anwar, surat-surat perakuan boleh digunakan untuk mempercepatkan proses memperbaiki kemudahan-kemudahan awam atau surat sokongan untuk mendapatkan biasiswa bagi anak-anak mereka.

“Ia bergantung pada keadaan. Anda tidak boleh sama sekali mengetepikan amalan mengeluarkan surat sokongan. Jika anda mengatakan menghentikan keluar surat sokongan berhubung proses pengurniaan kontrak kerajaan, OK,” katanya.

“Sebagai wakil rakyat yang dipilih kita ada tanggungjawab untuk membantu mereka,” katanya.

Ahli-ahli Parlimen PR menggesa Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim supaya mengeluarkan arahan menghentikan amalan ini dan digantikan dengan sistem tender terbuka sebagaimana diamalkan oleh pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membidas amalan pengguaan surat sokongan dengan menyifatkan ia diwarisi daripada kerajaan Barisan Nasional (BN), tetapi masih diteruskan sehingga kini.

Pua mendakwa tiada alasan ataupun justifikasi untuk terus menggunakan pendekatan surat sokongan kerana ia satu bentuk salah guna kuasa.

“Sejak saya menjadi Ahli Parlimen, saya tidak pernah mengeluarkan ataupun menandatangani surat sokongan... ia tidak beretika.

“Mengapa satu-satu syarikat diberikan keutamaan berbanding syarikat lain, kerana mempunyai kelebihan surat sokongan?

“Kontrak seharusnya diberikan kepada syarikat berdasarkan merit,” katanya.

Semalam, Khalid berkata Ahli Dewan Undangan Negeri dan Ahli Parlimen di Selangor boleh meneruskan amalan mengeluarkan surat sokongan dan surat syor meskipun ada pandangan di kalangan pemimpin PR agar pendekatan itu digugurkan.

“Kita tidak boleh berhenti daripada berbuat demikian sebab ia dilakukan dengan niat yang baik,” kata Menteri Besar.

Bagaimanapun kata beliau, surat sokongan daripada wakil-wakil rakyat bukan jaminan pembawa surat akan memperoleh kontrak kerajaan.

Pentadbiran Khalid menjadi sasaran kritikan selepas salah seorang ahli majlis DAP di Majlis Perbandaran Klang, Tee Boon Hock didakwa mengeluarkan surat sokongan untuk syarikat yang turut dimiliki anaknya sebagai rakan kongsi.

Jawatankuasa disiplin DAP telah memecat Tee dari parti awal minggu ini.

TMI

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive