Ahad, Ogos 15, 2010
Bolehkah UMNO disegarkan sesegar embun pagi?
Oleh: Shirzad Lifeboat
“Barangkali UMNO masih lagi relevan dalam persamaan matematik politik orang Melayu,” seorang penulis non-partisan menghujahkan. Rumusannya lebih menitikberatkan penyatuan orang Melayu (walaupun penyatuan tidak banyak membawa makna sekiranya kuantiti mengatasi kualiti).
Begitupun, bagi kebanyakan pemerhati politik, kerelevanan UMNO bersifat subjektif. Jika UMNO diibaratkan sejenis perkakas lama digunakan untuk tujuan pembelaan Melayu, maka ia dilihat semakin berkarat dengan banyak daripada komponennya telah rosak dan sukar untuk diperbaiki.
(UMNO telah berusia 64 tahun dan hanya berbaki 36 tahun lagi sebelum boleh ditakrifkan sebagai barangan purba menurut Akta Benda Purba 1976 yang telah dimansuhkan dan digantikan dengan Akta Warisan Kebangsaan 2005).
Justeru, berlatarbelakangkan persepsi kerelevanan sedemikian, paling-paling pun yang dapat dilakukan oleh UMNO terhadap orang Melayu ialah memperkukuhkan penyatuan orang Melayu berjiwa nostalgik atau yang sudah menerima UMNO sebagai sebuah agama kedua.
Sejarah peradaban manusia sejak Tamadun Mesopotamia/Sumeria membuktikan dengan sejelasnya betapa nostalgia dan emosi sentimental terhadap sesuatu tidak pernah dan tidak akan menjadi faktor kepada survival sesebuah bangsa. Sesuatu bangsa muncul dan lenyap akibat pelbagai sebab.
Namun menurut sejarawan British terkemuka, Arnold J. Toynbee dalam A Study of History (12-jilid): “bahawa semua peradaban manusia berkecederungan melalui kitaran yang dikenal pasti oleh Mommensen. Punca keruntuhan sesebuah tamadun terjadi apabila golongan ‘elit budaya’ bertukar menjadi golongan ‘elit parasit’, langsung menjeremus kepada kebangkitan dalaman dan luaran kaum proletariat (golongan buruh dan gologan tidak berada).
Sebagai contoh, Raja Babylon ke-6, Hammurabi menggubal satu set undang-undang yang dikenali sebagai Kod Hammurabi dan seterusnya memberi corak kepada budaya masyarakat Babylon ketika itu. Tidak terlalu mustahil sekiranya undang-undang ini diwujudkan berdasarkan nostalgia pemerintahan gemilang Giglamesh lebih 1,000 tahun terdahulu.
Namun apabila raja peradaban kuno itu berubah menjadi parasit kepada rakyatnya sendiri, maka keseluruhan tamadun itu beransur runtuh dan akhirnya lenyap sama sekali dari muka bumi. Ungkapan “sejarah berulang kembali” bukanlah sekadar sebuah ungkapan melainkan sesuatu yang benar berlaku. Semua peradaban termasuk Mesopotamia, Sumeria, Mesir dan lain lagi dan juga kekuasaan yang boleh dianggap sebagai sebuah peradaban dalam erti katanya tersendiri seperti Empayar Sri Wijaya, Empayar British dan sebagainya akhirnya menyerah kepada kitaran yang dikatakan itu. Justeru ia tampak sebagai ‘sejarah berulang kembali’.
Dalam pengalaman kita sendiri, sekiranya UMNO dan penyokongnnya boleh dianggap sebagai sebuah peradaban kecil, maka tanda-tanda betapa golongan elit budayanya sedang kian berubah menjadi golongan elit parasit berasur-ansur menjadi kian ketara.
http://warta-utara.blogspot.com/
UMNO yang menjadi tonggak kepada kerajaan UMNO-BN mencorakkan budaya negara dengan cara meluluskan undang-undang. Walaupun Ahli Parlimen dan juga Adun disebut sebagai pembuat undang-undang, namun, sama ada disedari atau tidak, mereka sebenarnya mencorakkan budaya itu sendiri menerusi undang-undang yang diluluskan untuk rakyat.
Dari sebuah badan berdaftar yang digunakan untuk tujuan perjuangan siasah, UMNO kemudiannya diharapkan mencorakkan satu budaya kehidupan baru untuk orang Melayu. Namun, jika ada pun perubahan yang dapat dilihat, ia hanya berlaku kepada orang Melayu bandar (terutamanya bandar besar). Bagi orang Melayu desa, luar bandar, dan heartland (kawasan tengah), perubahan, jika adapun, berlaku ibarat siput bergerak di atas permukaan marmal.
Begitupun, bagi kebanyakan orang Melayu di kawasan bandar pula, mereka mengalami keadaan berbeza. Walaupun dasar afirmatif untuk orang Melayu sedikit sebanyak berjaya melahirkan golongan pekerja Melayu generasi baru, namun mereka yang sepatutnya berterima kasih kepada kerajaan UMNO-BN bertukar menjadi golongan proletariat yang bangkit menentang parti politik tersebut atas pelbagai sebab – ketiadaan undang-undang gaji minima, ketiadaan dasar imbuhan nasional, ketiadaan dasar pengambilan pekerja, penetapan mekanisme cukai korporat dan ketiadaan regulasasi tenaga manusia yang bukan sahaja lebih menguntungkan majikan tetapi menjadikan majikan berkenaan seperti lintah darat kepada kebanyakan golongan pekerja Melayu.
Inilah fabrik budaya sosial yang ditenun oleh kerajaan UMNO-BN selama lima dekad berkuasa. Tanyalah mana-mana pekerja Melayu di peringkat pengurusan bawahan sehingga jurujual di kompleks membeli belah dan pekerja restoran makanan segera. Apakah mereka berpuas hati dengan kadar imbuhan yang diterima? Dan apakah imbuhan yang diterima dapat menampong kehidupan yang sederhana selesa? Anggaran 90 peratus daripada mereka yang berkerja berada dalam golongan berpendapatan kurang dari RM3,000 sebulan menceritakan segala-galanya.
Presiden UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pernah mengusulkan agar “persepsi terhadap politik Umno harus berubah mengikut trend terkini dan tidak boleh mengikut cara lama dalam usaha untuk menawan kembali hati rakyat menyokong Barisan Nasional (BN).” (Bernama)
Menurut Najib, “Kalau kita melihat dari segi sejarah perkembangan politik Umno, bermula dari Parti Perikatan hingga BN, tiada siapa yang dapat menafikannya dengan jasa dan pengorbanan yang banyak disumbangkan untuk kesejahteraan rakyat di bumi yang bertuah ini…Yang menjadi masalah kepada kita ialah pemikiran rakyat yang sentiasa berubah-ubah dari masa ke satu masa kerana angkatan lama yang terdiri daripada pejuang kemerdekaan semakin berkurangan"
Dalam cuba memainkan peranan sebagai penyelamat UMNO, Najib terlupa bahawa golongan muda yang menjadi pengudi hari ini dan masa mendatang bukan lagi golongan yang bernostalgia sebagaimana saki baki orang Melayu yang menyokong UMNO. Mereka tidak perlu membaca tentang sejarah keruntuhan tamadun masa lalu bagi mengapresiasi hakikat betapa emosi sentimental tidak akan sama sekali menjamin nasi dan ikan akan terhidang di atas meja makan setiap masa.
Apapun yang diperkatakan tentang reformasi dan trend persepsi segar terhadap UMNO tidak akan mengubahkan pandangan golongan Melayu baru ini tentang bagaimana pemimpin UMNO-BN telah kian menjadi golongan elit parasit yang mengekang keselesaan hidup.
Mungkin persepsi politik UMNO boleh disegarkan semula sesegar embun pagi sekiranya kesemua pemimpinnya hari ini – dari peringkat nasional sehingga ke peringkat cawangan melepaskan jawatan masing-masing dan memberikan laluan kepada golongan baru dengan persepsi baru dan mewujudkan semula budaya murni berdasarkan nostalgia penubuhan UMNO pada tahun 1946. Jika tidak, kitaran yang disebut oleh Toynbee itu sesungguhnya sedang melanda parti tersebut.
UO

0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
Ogos
(298)
- GAMBAR "SUPERIMPOSE YAB LIM GUAN ENG SEMBELIH LEMB...
- UMNO Semakin Takut DAP Makin Rapat Dengan Orang Me...
- Tidak serik : melacur di restoran
- Umno-BN Mangsakan Satu Juta Pemilik Kenderaan, Pak...
- Panas!! Seorang lagi ADUN Wanita DAP memasuki Masj...
- Utusan dan Umngoknya pernah tengok ni ke?
- Teo hadiri satu lagi majlis di surau
- Gobind Desak Kerajaan Kaji Semula Perjanjian Konse...
- Untung atas angin jual 1,000 tapak bazar Ramadan
- SELAMAT HARI MERDEKA!!!
- Peraduan Mencari Kondom
- BILA AYAM BERTELUR....SEKAMPUNG RIUH,TAHI BERTERAB...
- CEO wanita saman syarikat telekomunikasi RM20 juta
- Perkasa mahu undang-undang halang bukan Islam kunj...
- Namewee cabar ketua Puteri Umno berdebat
- Tak sempat mandi wajib
- Kunjungi masjid: William Leong pula jadi sasaran
- Umno nazak, semua isu dijadikan modal politik
- Nik Aziz: Bukan Islam Digalak Hampiri Masjid, Rapa...
- Isa Bakar meninggal
- Bom Gegar Desa Tun Razak, 2 Cedera
- Pakej gadis genit
- Kaitkan PAS, Utusan berdepan saman
- Strategi Khatib Pak Ya Mat Mengena!
- Insurans kenderaan: Memo kepada Bank Negara
- Tak tahan diratah abang
- Lawak Ahad: Ibu Mertua
- Nik Aziz pertahan anggota Parlimen Teo
- 2 mati selepas tegur rakan tidur
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 28/08/10
- Kenapa Utusan & UMNO Serang Ahli Parlimen Serdang ...
- Tahniah Teo.. Anda Berjaya Buatkan Umno Kelihatan ...
- Bantuan Atap Biru Hanya Untuk 'Orang Biru'
- YB DAP sedang memberi tazkirah kepada bubur lambuk
- “Kerajaan baru turunkan cukai tanah, takkan naikka...
- 'Teo di surau': Akar umbi PAS tiada masalah
- Gadis diperkosa tepi tangga flat
- Projek Hospital Shah Alam RM482 Juta Didakwa Libat...
- Chelsea berkampung seminggu di Malaysia tahun depan
- Jalur lebar Celcom lembab
- Perogol budak didakwa
- Nurul: ‘Lagi berdosa kalau saya biar kezaliman Umn...
- Pakatan Rakyat tetap bersatu lawan kemungkaran Umn...
- Nuzul al-Quran dan Lailatul Qadar
- Pinggan kosong di bawah tudung saji ...
- Perakam video: Selangor serah siasatan kepada poli...
- Bomoh Durjana Dakwa Mampu Pulih Dara
- MPAJ tidoq ka apa?
- Piala Malaysia: Kedah Senarai Empat Pemain Skuad P...
- Minum Air Sebelum Makan Boleh Turunkan Berat Badan?
- Imej Negara Sudah Lama Tercalar Bukan Kerana Nurul...
- APABILA KUASA HILANG, OTAK MENTERI JADI MERENG?
- Silap la Penang bagi duit raya RM400 je...
- PAS dakwa Mahathir ugut Melayu, buat tak faham
- 'Kabel' dengan k'tangan awam yang rasuah
- Hampir 200 wanita dirogol bergilir-gilir
- Surat Cinta Untuk Jiwaku
- Video Terbaru Inkues Teoh 'Hilang' Dari Web AG?
- Umno-BN Tentang Penggunaan Dinar, Dirham Tapi Begi...
- Saya akan saman - Zakaria
- Pelajar dilanggar sebelum dirogol
- Jualan murah!!!! pengguna mudah diperdaya
- Bapa sembelih anak 3 tahun
- Orang Islam boleh laksana hudud: Seng Giew
- 'Hero pasir' - Noh Omar tak berani kokok lagi
- Projek Raya
- Pasangan berahi IPT dicekup
- Tu dia... gambaq Kak Midah...sakan nooo..!!!
- Altantunya kena C-4, Khairul kena C-8
- PULUN
- Seks dalam kereta
- Derita seorang pemilik kereta lama
- "Saya doakan Guan Eng diberi hidayah peluk Islam"
- Kedutaan M'sia dilempar najis, bendera dipijak
- Bekas guru didakwa rogol, liwat pelajar
- Suhu Politik Makin Panas
- Gempar Seorang Ketua Bahagian Umno Terima Rasuah Sex?
- ‘Banyak Malaysia’ dalam 1Malaysia!
- SATU KEPING KARIPAP SEULAS CINTA
- Guan Eng gantikan Agong: Permainan politik karut UMNO
- Bazar Kuantan Pula Dilanda Ribut, 20 Kanopi Musnah
- MERDEKA 53 Tahun.. Perintah 53Tahun,,, nak sediaka...
- Isteri lari ikut bomoh
- Umno sengaja ‘besarkan’ isu khutbah
- Apa jadi dengan Harakahdaily?
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 22/08/10
- Letupan mercun: Budak maut tercampak ke atas pokok
- UMNO Sekarang Terpaksa Bergantung Harap Kepada Pel...
- Rogol cucu tiri di kandang lembu
- Saman Ekor Diguna Sebagai Sumber Pendapatan Kerajaan
- Mengapa Umno terkejut dengan doa ini?
- Lawak Ahad: Duit 5 sen
- Bayi disangka cempedak
- Ketua Pengarang Akhbar Nanban Buat Laporan Polis D...
- Keputusan EPL 21/08/10
- Ahlan Wa Shah Alam,Umno Wal Baghal
- Pakatan perlu menang besar di Kedah
- Tabur fitnah, semarakkan kebencian, UMNO terdesak!
- Bapa dan anak-anak dihukum kerana merogol
- Cilanat!!!Ayam Dah Pandai Demand Harga...
-
▼
Ogos
(298)