Philippe Croizon, 42, yang melakukan persiapan dua tahun bagi cabaran itu, berenang dari Folkestone, selatan England kira-kira pukul 8 pagi semalam (2 pagi semalam waktu Malaysia) dan tiba di pantai Perancis berhampiran Wissant lebih kurang pukul 9.30 malam waktu tempatan.
Dia berenang dengan bantuan kaki palsu berbentuk sirip yang direka khas.
Hah... mungkin ia menyuntik semangat OKU kat Malaysia untuk pergi berenang Selat Inggeris juga.
Cubaan perenang muda negara, Zahra Masoumah Abdul Halim terpaksa menghentikan renangannya pada pukul 6.20 petang waktu London ekoran air pasang dan tiupan angin kencang melanda Selat Inggeris pada tahun lepas. Zahra yang baru berusia 17 tahun cuba untuk mencatatkan rekod Wanita Malaysia Pertama yang berjaya berenang merentasi Selat Inggeris.
Pada penghujung tahun 2004, Sharifah Mazlina telah berjaya menjejakkan kaki ke Kutub Selatan apabila merentasi Antartika sejauh 1,127 kilometer dengan mengambil masa 22 hari. Ini mengatasi rekod yang dipegang oleh seorang lelaki warga Britain yang telah melalui ekspedisi yang sama selama 24 hari. Beliau dianugerah Pingat Datuk tetapi ditarik balik bersama Datuk Chua Jeng Meng di Johor.
Penjelajah muda, Muhamad Muqharabbin Mokhtaruddin 28, memulakan Ekspedisi 7 Puncak 7 Benua 7 Nilai dengan percubaan untuk menawan Gunung McKinley di Amerika Syarikat yang merupakan gunung paling sejuk di dunia. Dengan cuaca melampau dan suhu yang boleh mencecah di bawah tahap beku iaitu sehingga -70 darjah celsius, Muhamad Muqharabbin atau lebih dikenali sebagai Qobin bakal menempuh bahaya rekahan ais yang mampu meragut nyawa pendaki pada bila-bila masa. Selain Gunung Everest di Asia, Qobin merancang untuk menakluk gunung tertinggi di benua Afrika, Antartika, Amerika Utara, Amerika Selatan, Eropah dan Australia.
Qobbin merupakan pendaki Gunung Everest termuda dari Asia Tenggara pada tahun 2004. Beliau bersama temannya Ahmad Reduan Rozali(22 tahun) berjaya mendaki Gunung Everest setinggi 8848 meter dari aras laut. Ekspedisi bersama 19 rakyat Malaysia , turut disertai Dato Dato Khalid Yunus telah membabitkan kos RM2.4 juta, dianjurkan bersama UiTM dan Kelab Eksplorasi Tujuh Benua.
Suasana menjadi sayu seketika apabila penerjun muda Putera Umno saling berpelukan menangis kegembiraan pada upacara pemakaian pingat itu. Pasukan ekspedisi itu kemudian menyanyikan lagu Negaraku dan Umno sebelum berlepas pulang. Berapa juta dibelanjakan untuk mengibarkan jalur gemilang di Kutub tersebut yang tiada sorang manusia pun disitu? Projek-projek.
Selepas ni rekord apa pulak nak dipecahkan. Bagaimana dalam bidang keilmuan dan kesarjanaan. Apakah rekord yang dimiliki oleh Malaysia? Alangkah baiknya duit yang berjuta itu dibelanjakan untuk meningkatkan tahap pendidikan di Malaysia. Taklah Universiti Malaysia mempunyai kedudukan tercorot didunia. Dengan duit yang ada, berilah sokongan kepada pelajar pintar untuk mencapai impian keilmuan mereka. Taklah jadi seperti Suffiah, kelahiran Johor yang pintar matematik akhirnya menjadi pelacur di U.K kerana desakan hidup dan meranapkan semua impian.
Nak bagi pingat datuk pun pilih-pilihlah. Semoga ia menjadi penggarap sebenar kepada rakyat jelata demi menggambarkan penggorbanan terhadap agama, bangsa dan Negara. Takkah bagi kat Shah Rukh Khan yang entah apa faedahnya. Janganlah sampai yang dapat pingat pulak buat jenayah yang terpampan didada media. Memalukan. Sekarang ni Datuk berbayar bersepah. Kekadang heran jugak. Manusia mengejar kepada pingat, nama, glamour meskipun terpaksa berhabis duit yang banyak. Sanggup menyabung nyawa mereka sendiri? Apakah matlamat mereka? Kerana Allah kah? Kerana Islam? Ada pahala ke? Dituntut oleh Rasulullah kah? Atau hanya terperangkap dengan kehendak-kehendak nafsu dan syahwat pemimpin demi kepentingan mereka disebalik itu?
ustsaifulbahri