Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 23, 2010

Rogol adik ipar: Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 sebatan

KLANG – Akibat merogol adik iparnya yang berusia 13 tahun empat tahun lalu, seorang bapa kepada kepada lima anak terpaksa meringkuk dalam penjara selama 30 tahun dan 12 sebatan oleh Mahkamah Sesyen semalam.

Hakim Yong Zarida Sazali menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh yang bekerja sendiri, gagal membuktikan keraguan munasabah dalam pertuduhan terhadapnya.

Dia yang diwakili peguam V Rajagopal dituduh merogol adik kepada isterinya itu pada 8 Ogos 2006, jam 3.15 petang di dalam sebuah rumah di Batu Sepintas, Sabak Bernam, Selangor.

Bagi kesalahan kedua pula, lelaki yang berusia 46 tahun itu kali kedua merogol adik iparnya di lokasi yang sama pada 10 Ogos 2006, jam 4.30 petang.

Pada jam 5.30 petang, 18 Ogos 2006, dia sekali lagi merogol adik iparnya di tempat dan kediaman yang dihuni olehnya di Sabak Bernam.

Yong Zarida menolak permohonan peguam bela tertuduh, Rajagopal supaya anak guamnya dijatuhkan hukuman ringan kerana tidak mempunyai rekod jenayah lampau sebelum ini.

Bagaimana pun Timbalan Pendakwa Raya yang diwakili Siti Noorbaya Jamil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kerana perbuatan itu adalah keji dan tidak diterima oleh masyarakat.

“Perbuatan yang dilakukan oleh tertuduh amat serius. Dia sepatutnya menjaga adik iparnya itu bukan mengambil kesempatan terhadap diri mangsa.

“Dilihat pada tuntutan undang-undang, kesalahan yang kamu lakukan bukan sahaja menjijikkan dan tidak sepatutnya berlaku kepada kita manusia,” katanya.

Siti Noorbaya berkata, hukuman tersebut bukan sahaja pengajaran kepada kamu tetapi masyarakat bahawa perbuatan itu tidak sepatutnya berlaku.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lapan tahun dan tidak lebih 30 tahun dan sebatan tidak kurang 10 kali.:

Pendakwaan turut dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Aimi Syazwani Sarmin dan Siti Syuhada Alwi.

Sebelum ini dia pernah dituduh pada 12 Oktober 2006, bagaimana pun dibebaskan pada 29 September 2009.

Dia ditangkap semula pada 1 April 2010 apabila kes itu disebut semula di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

SH

KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive