Isnin, September 27, 2010
Jual Beli Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Disiasat Unit Jenayah Komersil
KUALA LUMPUR, 27 SEPT: Kes penjualan dan pembelian tanah diBukit Jambul, Pulau Pinang yang dikendalikan peguam yang disyaki suspek utama pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain ialah antara 290 kes membabitkan peguam yang dalam siasatan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman.
Timbalan Pengarah JSJK Datuk Noryah Md Anvar berkata polis sedang menyiasat kes-kes jenayah komesil itu yang membabitkan peguam di seluruh negara termasuk membabitkan kes penipuan penjualan tanah dan rumah.
"Kesalahan lain ialah menipu, pemalsuan dokumen, geran tanah dan afidavit serta pecah amanah," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, hari ini.
Difahamkan pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain berkait rapat dengan wang hasil jualan sebidang tanah bernilai RM29 juta di Pulau Pinang milik Sosilawati bersama dua lagi rakan kongsi.
Pembelian dan penjualan tanah itu difahamkan dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama, selaku peguam dan bertindak sebagai broker, berikutan pengalaman luasnya sebagai pengamal undang-undang terutama dalam urusan berkaitan jual beli tanah.
Sosilawati, pengasas produk kecantikan Nouvelle Visages dan pemandu peribadinya Kamaruddin Shansuddin, 44, perunding kewangan CIMB cawangan Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dilapor hilang sejak 30 Ogos lalu selepas dikatakan ke Banting untuk urusan pembelian tanah.
Pada 12 Sept lepas polis mengesahkan keempat-empat mereka telah dipukul sampai mati sebelum mayat mereka dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Banting, Selangor.
Ketika ditanya siasatan kes tanah itu, Noryah enggan mengulas lanjut dan berkata akan memaklumkannya kepada media jika terdapat perkembangan terkini.
Beliau berkata sehingga kini, 35 peguam telah ditahan di seluruh negara membabitkan penipuan penjualan tanah termasuk seorang peguam berusia 50 tahun yang ditahan pagi ini kerana terbabit dalam kes penipuan tanah bernilai RM15 juta.
"Peguam itu ditahan di rumahnya di Sunway pada pukul 8 pagi ini kerana dipercayai terlibat dalam penipuan penjualan tanah di Kuala Lumpur.
"Dia akan dituduh di mahkamah hari ini," katanya.Noryah berkata daripada 35 peguam yang ditahan itu, 10 orang adalah di Selangor, lapan di Johor, empat orang masing-masing di Kedah dan Kuala Lumpur, tiga orang masing-masing di Perak dan Negeri Sembilan, dua di Melaka dan seorang di Pulau Pinang.
"Mereka berjawatan profesional, sangat licik dan menggunakan kepercayaan serta harapan yang diberikan oleh pelanggan-pelanggan mereka dengan menipu.
"Kebanyakan kesalahan ialah memalsukan dokumen termasuk geran tanah sehingga pejabat tanah mempercayai tindakan mereka itu," katanya.
(Bernama)
0 KOMEN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
LISTEN TO AL-QURAN ONLINE
Blog Archive
-
▼
2010
(3200)
-
▼
September
(214)
- Port’ memadu kasih dalam kereta
- Objek ganjil di bandar Pingyao
- Remaja didakwa laku persetubuhan luar tabii
- Dakwaan Umno Sogok Adun PKR – Kertas Siasatan BPR ...
- Hijau Kuning Negeriku: Tahniah!
- Bahana berkasih dengan isteri orang
- Penerjun maut di Menara Alor Setar
- UMNO Kehilangan Akal
- Timbalan menteri diarah bayar hutang RM1.6 juta
- Lima terbunuh, tiga cedera di selatan Thai
- Peneroka menang lagi kes saman Felda
- Star-Utusan Malaysia: Mana Satu Betul?
- Jagger ketagih seks
- Surat Terbuka Kepada Ketua Penerangan Umno En Reez...
- Janji jutawan kosmetik tertunai
- Boroi Kerana Puas Seks?
- Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri
- Najib Boleh Minta Obama Bantu Atasi 'Cartoon-o-pho...
- PRK DUN Galas; PAS Sentiasa Bersedia
- Gadis Awal 20-an Dakwa Dirogol Pakar Motivasi Berg...
- Branson: Perbicaraan liwat Anwar jejas pelaburan
- PAS tidak menipu, Umno lah penipu di Selangor
- Al-Fatihah : Adun Galas kembali ke rahmatullah
- PR perintah: Umno BN hilang kuasa, bukan Melayu
- Jual Beli Tanah Sosilawati Antara 290 Kes Disiasat...
- Satira: Banyak tanda tanya penahanan Zunar
- Aku ni pun bukan Melayu!
- Artis dicekup di rumah janda
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 26/09/10
- Dataran Maksiat di Gemencheh..
- Anwar : Soalan Parlimen Akan Datang Lebih 'Menyengat'
- Dedahkan siapa pihak ketiga ganggu tugas polis
- Lawak Ahad: Pelupa
- Selangor Tidak Gentar Tuntutan RM308 Juta Syabas
- Lokasi mayat ditanam ditemui di ladang milik suspe...
- Keputusan Liga Perdana Inggeris 25/09/10
- Didakwa kerana dedah lokasi speed trap di twitter
- Nizar kata Mahathir perkauman, Izzah cabar Mahathi...
- Di penjara 10 tahun kerana rogol anak murid
- PR sempat memerintah Putrajaya hanya 2 tahun?
- Dicekup separuh bogel
- Zunar ditangkap polis, buku terbaru dirampas
- Polis nafi laporan akhbar Sosilawati dirogol sebel...
- First Ladies: Rosmah `tidak sopan’ pada Permaisuri...
- 1MALAYSIA BERCANGGAH PERJUANGAN UMNO
- 2 wanita Kemboja dibogelkan selepas disamun
- Tuntut RM20 juta dari suspek
- Tanda-tanda Kematian Untuk Orang Islam
- Shamsul Gesa Khalid Ikut Prosedur Kanun Acara Jenayah
- Rahsia Siapa Abdul Rahim Terbongkar?
- Rogol adik ipar: Lelaki dipenjara 30 tahun, 12 seb...
- RM1 juta untuk pembebasan suaminya?
- Padah Bapa 'Otak Lembu' Rogol Anak
- PEMBUNUH SOSILAWATI DAPAT ILHAM DARI KES ALTANTUYA ?
- Isteri Jutawan India Tinjau Lokasi Bunuh
- Cek RM4 bilion: Kelantan senarai hitam l’DA World
- Kes Sosilawati: Waran tangkap ketua Pemuda PKR, MP...
- Ahli PKR Jangan Peduli Kepada Pengacau
- Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz
- Pembunuhan Altantuya, Sosilawati Ada Persamaan
- Maksiat Atas Jejantas
- Harga tokek 400gram sama dengan harga Toyota Alpha...
- Pesta mabuk sambut raya di Desa Pandan
- Hapuskan Semua Kumpulan Gangster
- Remaja Perempuan Hilang Ditemui Di Pulau Pinang
- Dua maut,satu terjatuh ke laut di Jambatan Pulau P...
- BN di ambang kehancuran?
- Bini puaka: Mahasiswa adakan himpunan
- Kes Bunuh Sosilawati: Lesen peguam suspek dilucutk...
- Petisyen cabar Sultan Kelantan difail
- Peguam: Penemuan Terbaru 'Nota Misteri' Beng Hock ...
- ANTARA PIMPINAN DIATAS DAN GELOMBANG BARU DALAM AM...
- Nota misteri ‘selamat tinggal’, peguam pertikai ku...
- Keputusan TM Piala Malaysia 20/09/10
- Ibu lahir kembar lapan ditawar bintangi filem lucah
- Pemimpin Umno Kritik TV Selangor Hanya Tunjuk Kebo...
- Dapat anugerah "Datuk" lagi ke?
- 9 Ekor Anjing Milik Suspek Ditembak Mati Kerana Be...
- Bahaya Pemimpin Gila Puji
- Polis siasat kematian rakan baik Sosilawati
- Keperitan rakyat: Cakap Najib hanya retorik
- Gadis dirogol ketika mabuk
- Laporan audit bukti hasil Kedah meningkat
- Pembunuhan kejam Sosilawati: Luahan suami Wati
- Kematian Jalanraya: 1 Dunia, Malaysia Boleh! Siapa...
- Rakan Sosilawati ditemui mati tergantung
- Lawak Ahad: Abang aku selalu buat
- Suasana Rumah Suspek Pembunuh Sosilawati
- 'Ustaz Kamal' MIC pula didakwa masuk masjid
- Khidmat seks guna iklan akhbar
- Fitnah: DAP timbang saman Utusan
- Keputusan TM Piala Malaysia 17/09/10
- Pelakon M. Rajoli Meninggal Dunia
- Ibu buang bayi kerana dirogol majikan
- Cuti Umum 16 September , Kejayaan Pakatan Rakyat
- Memotong kuku dan rambut ketika berjunub
- Wanita bogel larikan teksi
- Sos punca penyakit kronik
- Mengapa saya ajak Perkasa berdebat?
- Umno lawan Perkasa
-
▼
September
(214)