Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Khamis, September 30, 2010

Hijau Kuning Negeriku: Tahniah!

Baru-baru ini waktu menghadiri Jamuan Hari Raya anjuran KHTP di Kulim Hitech - ramai sungguh yang hadir, YB Amirudin pun ada nampak mai.

Di celah-celah tu saya ternampak sorang sahabat lama. Dulu dia kerja kat sebuah kilang industri, kat belah Penang/Prai kalau tak silap, sorang jurutera, orang atas dan berpangkat jugak rasanya.

Bila nampak dia, terus saya pi tegoq, awat dia boleh ada kat situ.

Dia habag kata, dia tak kerja kat tempat lama dah. La dok kerja dengan anak syarikat kerajaan negeri kat KHTP ini, dia kata "depa minta tolong mai bantu anak syarikat kerajaan negeri ni, saya mai la!".

Fuh! saya respek sungguh kat dia sebab sanggup berenti kerja yg dah secure dan terjamin dgn syarikat MNC tu, mai kerja dgn syarikat milik kerajaan negeri - yg semua org tau kalau PAS kalah PRU13 di Kedah nanti, dengan dia-dia sekali boleh bungkuih pi.

Bila saya tengok sahabat saya ni, saya teringat 2 org lagi sahabat saya - golongan professional dlm sektor industri juga - yg mengorbankan kerjaya depa di syarikat-syarikat MNC antarabangsa itu, kini bersama-sama dengan dua buah lagi perbadanan yang ada kaitan dengan anak syarikat kerajaan Negeri bagi membantu mempastikan negeri KEDAH di bawah pemerintahan PAS ini akan terus cemerlang ke puncak jaya.

Salah seorangnya adalah bekas Jurutera Process di sebuah kilang di Kulim Hitech dan sorang lagi bekas QA Engineer di sebuah kilang Jepun di Sungai Petani, Kedah.

Hebat depa ni - sebab tak mcm depa - saya dengan jumlah anak dah nak masuk 9 ini - rasa tak berapa berani nak ambik risiko mcm tu.

Mungkin kerana ada orang-orang mcm depa ini kot, maka hari ini Pelabur-Pelabur Asing makin yakin dengan iklim pelaburan di Kedah khususnya di area Hitech ini.

Waktu dok sembang dengan salah seorang org kuat KHTP waktu jamuan aidilfitri hari itu, bila saya tanya pasal tulisan-tulisan dlm blog yg menghentam pentadbiran KHTP, dia ada habag kat saya, dia kata KHTP zaman PAS ini jenis tak suka heboh-heboh apa depa buat, biarlah org nampak results dia saja. Memba ini habag, dia kata org mungkin tak tau, dlm dok kena hentam tu pun, Nu Ada 3 Pelaburan Baru tengah dok Q nak masuk mai!!

Syabas KHTP!

Opps, lupa nak habag, tujuan saya menulis ini sebenarnya adalah sebab nak ucapkan Tahniah kpd kerajaan negeri Kedah, sebab sejak broadband saya prob ini lama dah tak bukak internet, tadi bila baru dpt access internet, masuk blog Kedahlanie ada dimuatkan petikan dari laman MIDA (seperti terpampang di bawah) yg intipatinya ialah KEDAH merupakan negeri yang menerima pelaburan asing yang tertinggi di Malaysia, lebih kurang RM1.5 billion.

Patutlah pun, dalam banyak-banyak kawasan industri di Malaysia ini, baru-baru ini kawan-kawan di sektor industri dok habag ada sebuah Stesen TV Antarabangsa memilih KHTP untuk membuat penggambaran berkaitan kawasan-kawasan industri yang berdaya maju di benua sebelah sini (potential investment zone for foreign investors).

Bila dokumentari itu dibawa balik dan disiarkan di stesen ternama di Negara mereka itu nanti, maka insyaallah akan ada banyak lagi syarikat-syarikat gergasi dari sana akan masuk mai melabur ke sini; dan kesan jangka panjangnya insyaallah akan dapat membantu mewujudkan peluang pekerjaan untuk adik-adik dan juga anak-anak kita yang sedang berada di bangku sekolah ketika ini.

Mungkin ini semua lahirnya atas keikhlasan sahabat-sahabat saya tadi itu, yang mengenepikan kepentingan periuk nasi depa, sanggup berkongsi ilmu dan pengalaman mereka di sektor industri, terjun bersama-sama membantu kerajaan negeri bagi mempastikan
pelabur-pelabur asing dan peluang pekerjaan terus wujud dan berkembang maju di negeri Kedah ini.

Untuk itu, suka ka tak suka ka, apa pun pegangan politik kita, dalam hal ini kita sewajarnya ucapkan tahniah khususnya untuk bekas-bekas pekerja kilang seperti sahabat-sahabat saya ini yang melakukan semua ini untuk kepentingan kita bersama. Dan, tahniah juga diucapkan kepada kerajaan Negeri.

Kekalkan keikhlasan yang ada, insyaallah Tuhan akan bersama-sama kita.

sekian
Moniermatdin@yahoo.com
30.9.10
http://www.mindapolitikmoniermatdin.blogspot.com/








KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive