Dey Macha

Dey Macha
NAK TERSENGIH SELALU? SILA LIKE BIAQPILA PAGES

IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 22, 2010

Remaja Perempuan Hilang Ditemui Di Pulau Pinang


NURUL Ashiqin Kamarazmi,14, (kiri) menikmati roti canai sambil diperhatikan oleh kembarnya Nurul Ain (kanan) selepas pasangan kembar itu bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak (tengah) ditemui di Pulau Pinang. 21 Sept. - Bernama

GEORGE TOWN: Remaja pasangan kembar, Nurul Ain Kamarazmi dan Nurul Ashiqin, 14, bersama teman sebaya, Suhaili Abd Razak yang dilaporkan hilang di Kampar sejak 11 September lepas, ditemui di Pulau Pinang hari ini.

Ketiga-tiga pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sentosa, Taman Bandar Baru, Kampar itu ditemui di sebuah flat di Paya Terubong di sini pada pukul 8 pagi.

Ketua Balai Polis Air Itam, Cif Inspektor Mohd Fadzil Napiah berkata, ketiga-tiga remaja perempuan itu ditemui bersama dua rakan lelaki mereka iaitu Mohammad Akmal Hakim Ismail, 19, dan Shahrizan Zakaria, 20.

Sebelum ini, pasangan kembar dan rakan mereka dilaporkan tidak pulang ke rumah selepas keluar membeli pakaian di pekan Kampar pada hari raya kedua.

Polis akan memberi butiran lanjut mengenai penemuan remaja itu dalam satu sidang akhbar tidak lama lagi. - BERNAMA

1 ulasan:

  1. Apa punca ye lari dari umah ni.. jangan ikut kehendak hati je.. nnti boleh merana badan..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive