Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 21, 2010

ANTARA PIMPINAN DIATAS DAN GELOMBANG BARU DALAM AMK – SIAPA DITENGAH?

September 20, 2010


Pemilihan dalam PKR diperingkat Cabang sudah semakin hampir ke penghujong. Meninjau proses pemilihan dibeberapa Cabang didalam Negeri Perak saya dapati ianya indah khabar dari rupa. DiLenggong daripada 700 lebih ahli yang berdaftar yang keluar mengundi adalah dibawah 25%. DiKuala Kangsar pula ianya lebih rendah lagi. Sedangkan diKuala Kangsar inilah terdapatnya beberapa Pakar Strategi parti tersebut.

Memandangkan cara-cara pemilihan Pimpinan ini dijalankan sama seperti mengundi didalam Pilihanraya Umum dan pertama kali pula ianya diadakan jumlah kehadiran dilihat hanya lebih sedikit daripada jumlah jawatan yang dipertandingkan. Sekurang-kurang nya 35 Jawatan perlu diisi diketiga-tiga peringkat iaitu Wanita, AMK dan Cabang. Jumlah jawatan ini belum lagi dicampur seramai 10 orang lagi yang akan dilantik oleh Ketua Cabang.

Daripada cakap-cakap yang didengar, ahli-ahli dari kalangan AMK dan para reformis akan mengzahirkan kehadiran mereka dalam parti. Dalam lain-lain perkataan mereka tidak sanggup lagi berada di sideline seperti dimasa-masa lalu. Sudah sampai ketikanya suara mereka didengar dan diberi ruang untuk mereka sama-sama memimpin.

Berpandu kepada kenyataan diatas, Parti PKR akan terpaksa melalui jalan sukar untuk terus bertahan jauh dari berkebolehan bersaing dengan rakan-rakan dalam Pakatan. Saya percaya ramai yang tidak boleh menerima pandangan ini. Yang jelas ramai juga yang sudah nampak pudarnya perjuangan terutama mereka-mereka yang mengharapkan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri pada PRU ke 13 nanti.

Kepada mereka yang telah memenangi jawatan dalam parti diberbagai peringkat diCabang, saya hanya dapat menyatakan simpati terhadap tugas dan tanggungjawab yang terpaksa sdra sdri sendiri jalankan. Jika untuk memilih pemimpinpun hanya beberapa kerat saja yang hadir bolehkah diharapkan untuk sama-sama memikul beban?

ahmadzawawi.wordpress.com


KOMEN
0 KOMEN

0 komen (Sila komen sikit..):

Catat Ulasan

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive