Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Selasa, September 28, 2010

Najib Boleh Minta Obama Bantu Atasi 'Cartoon-o-phobia'

Oleh Fazli Othman


SHAH ALAM 28 Sept - Presiden Amerika Syarikat Barrack Obama mungkin boleh membantu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatasi cartoon-o-phobia selepas Najib menawarkan diri untuk mengatasi fenomena Islamophobia di Amerika Syarikat.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua berkata ini menunjukkan pemimpin Umno-BN kini mengidap satu lagi penyakit iaitu takut pada kartun.
Dalam rangka lawatan ke AS sebelum ini, Najib berkata Malaysia mahu membantu negara itu mengatasi fenomena Islamophobia di kalangan masyarakat kuasa besar itu agar mereka tidak salah faham dan berpandangan negatif terhadap agama Islam.
"Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kerajaan melaksanakan undang-undang dengan telus dan mengikut lunas demokrasi.
"Nampaknya, pemimpin Umno-BN sekarang ini hidup dalam ketakutan sehinggakan kartun pun dianggap sebagai mengancam keselamatan negara," kata Tian Chua ketika dihubungi Suara Keadilan.
Sebelum itu, Kartunis popular Zunar atau Zulkiflee Anwar Ulhaque ditahan polis 24 September lalu di bawah Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
Pihak polis menggelidah premis Sepakat Efektif Sdn Bhd yang dimiliki Zunar dan merampas 66 naskhah terbaru buku Cartoon-O-Phobia yang dijadualkan dilancarkan pada sebelah malam.
Cartoon-o-phobia diterbitkan oleh Kinibooks, sebuah anak syarikat Malaysiakini.
Kebanyakan karya-karya kartun itu adalah koleksi pilihan kartun-kartun yang tersiar dalam Malaysiakini dari Disember 2009 hingga September 2010.
Antara yang disentuhnya ialah isu-isu yang menjadi perbualan awam seperti isu Altantuya, konspirasi terhadap Anwar, isteri PM, kehilangan jet enjin, Scorpene yang tak boleh menyelam, Sarawak, perkauman, korupsi dan lain-lain.
Cartoon-o-phobia mempunyai 80 halaman berwarna-warni dan dijual ada harga RM25.00. Ia juga boleh dibeli secara online melalui gerakbudaya.com dan cartoonkafe.com.

SK

1 ulasan:

  1. IJM Corporation Berhad bakal dianugerahkan sebagai ‘Total Sub Contractor’ Kampus Baru KUIN, di Kuala Ketil oleh Bina Darulaman Berhad (BDB)?.

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive