Dey Macha

dsp160519

dsp231112
IKLAN BANNER RM30-TEKS RM10 SEBULAN biaqpila(at)gmail.com



Rabu, September 22, 2010

Sosilawati mati teraniaya: Nik Aziz


GOMBAK - Kediaman keluarga jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya di Taman Harmonis di sini terus menerima kunjungan pelbagai pihak semalam, termasuk Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am Pas itu tiba jam 12.55 tengah hari, diiringi Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub.

Nik Abdul Aziz, yang mewakili rakyat Kelantan, mengucapkan takziah kepada anak-anak dan saudara-mara Allahyarham dan meminta mereka bersabar menerima ujian. Turut berada di kediaman itu ialah bekas suami Allahyarham, Buhari Mohamad.

“Arwah mati teraniaya. Jadi kita minta dosa-dosanya Allah ampunkan dan pahalanya dilipatgandakan.

“Kita melawat ertinya kita bercakap-cakap sesuatu yang boleh menenangkan hati keluarga, sama ada nak bawa wang atau nak bercakap sahaja. Itu menjadi kewajipan orang Islam. Lebih-lebih lagi bila berlaku kematian tragis seperti ini, lagilah mustahak untuk kita datang melawat,” katanya.

Sehubungan itu, beliau turut mengingatkan bahawa setiap manusia perlu menyiapkan diri untuk menghadapi kematian dengan mengerjakan segala amalan soleh di dunia ini sebagai bekalan untuk akhirat.

“Kita ini kepunyaan Allah, Allah bagi nyawa dan Allah juga yang ambil nyawa kita. Kewajipan masa hidup ini kita siapkan bekalan untuk masuk kubur, bukan dengan duit, makanan, tapi dengan pahala dan doa kita,” katanya.

Buhari berkata, beliau terharu dengan kunjungan Nik Abdul Aziz dan Salahuddin dan ucapkan terima kasih kepada mereka.

SH

2 ulasan:

  1. Isu RM4 bilion nh bukan perkara main-main.Nampaknya, PAS negeri Kelantan telah bermuka-muka di dalam isu hasil pendapatan negeri. Mungkin mereka mahu rakyat beranggapan bahawa kerajaan negeri tak mempunyai wang untuk melaksanakan pembangunan di negeri tersebut.Jadi, bila rakyat ingat kerajaan negeri tak berduit, tak payahlah buat pembangunan di Kelantan. Dan jika rakyat bising nakkan pembangunan, kerajaan negeri akan tuduh kerajaan pusat tak beri bantuan dan juga sekat kemasukan pelabur.Apa nak jadi la.

    BalasPadam
  2. ni apa pulak isu 4 bilion ni??mabuk kape??isu 4bilion tu sekurang2nya blum lagi ahli2 PAS pakai...maybe kerajaan PAS Kelantan tengah pikir atau bincangkan dimana harus dibelanja kan wang itu...... apa kata ko g check plak wang negara yg habis di joli oleh owng2 BN plak.....aku mudah panas hati dengan owng2 yg mabuk menaip tk tentu pasal sori k tokey blog..

    BalasPadam

Sendiri mau ingat...

LISTEN TO AL-QURAN ONLINE

Listen to Quran

Blog Archive